Bayar MINI Cooper lebih mudah dengan program 'Full Circle'

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MINI Malaysia telah memperkenalkan Program Full Circle, iaitu program pembiayaan terkini yang disediakan oleh pihak BMW Credit Malaysia. Program ini menawarkan lebih fleksibiliti dan ketenangan minda pada masa depan kepada pemilik MINI 3 pintu dan MINI 5 pintu. Program baharu yang telah diubah suai ini menawarkan rangkaian pilihan penyelesaian pinjaman lebih luas berdasarkan kepada bajet pemiliknya. Ia menawarkan pelbagai pelan fleksibel melibatkan bayaran bulanan dan tempoh pinjaman lebih pendek. Full Circle Programme by MINI Financing (02) Pelan itu juga menetapkan nilai kenderaan MINI pada masa depan apabila ia dibeli menerusi program tersebut. Para peminat MINI akan memulakan pengalaman pemilikan mereka menerusi model kegemaran masing-masing, sebelum menyatakan jumlah perbatuan untuk menikmati MINI baharu mereka.  Di akhir tempoh tersebut, mereka akan diberi beberapa cara untuk menyelesaikan bayaran:
  • menyerahkan kunci kepada MINI Financing berdasarkan kepada terma dan syarat program
  • melakukan trade-in atau menjual MINI mereka kepada mana-mana Pengedar Sah MINI untuk mendapatkan sebuah MINI baharu
  • menjelaskan semua bayaran dan menyimpan MINI kesayangan mereka
  • melanjutkan tempoh kontrak untuk menikmati MINI mereka dalam tempoh lebih lama.Full Circle Programme by MINI Financing (03)
Program Full Circle yang disediakan oleh MINI Financing bermula dari:
  • RM1,348.00 sebulan untuk MINI 3 pintu
  • RM1,378.00 sebulan bagi MINI 5 pintu
 Program ini sah untuk model-model baharu MINI Hatch sahaja. Selain program pembiayaan ini, MINI Malaysia turut mengambil peluang untuk meningkatkan spesifikasi varian-varian MINI 3 pintu dan MINI 5 pintu. Sila klik MINI Hatch  untuk maklumat lanjut.