MV Agusta terlepas lagi....

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
MV Agusta sekali lagi mengelak dari diisytihar muflis atau bangkrap di Itali, setelah mahkamah di sana memutuskan bahawa pelan pengurangan kos yang sedang diambil firma tersebut mampu untuk menyelamatkan jenama tersebut. Hakim Miro Santangelo telah menerimapakai permohonan yang dikemukakan kepada mahkamah di Varese yang menjelaskan butiran bahawa kilang itu sedang mengurangkan kos dan juga jumlah model yang akan ditawarkan. Santangelo telah melantik Riccardo Broggini sebagai pesuruhjaya untuk menyelia perjalanan pelan perniagaan tersebut. Turutan itu semua pemiutang semasa yang terlibat daari segi kewangan MV Agusta kini akan mengadakan pertemuan dengan Broggini pada 7 Jun ini. MV Agusta telah dilanda krisis runcing sejak setahun lepas, dan rancangan penyelamatan daripada Presiden MV Giovanni Castiglioni melibatkan pengurangan ketara dalam jumlah model yang akan dihasilkan dan penurunan dalam bilangan motosikal yang akan dikeluarkan dalam usaha untuk mengurangkan kos umum dan juga kos operasi. f3-800.jpg__1024x768_q85_crop Khabar angin mengenai kemungkinan pengambilalihan syarikat itu oleh Polaris dan Mercedes AMG tidak dimasukkan dalam pelan 'menyelamat' yang dikemukakan oleh Castiglioni. Namun begitu suntikan modal oleh kumpulan pelaburan Black Ocean untuk permodalan semula MV Agusta sekurang kurangnya menjamin dana untuk melakukan penstrukturan semula tersebut. Castiglioni diberitakan mengulas bahawa, "Dalam tempoh 12 bulan lepas, pemulihan yang dilaksanakan telah membawa MV Agusta untuk menjana aliran tunai yang positif yang diperlukan untuk menyokong pelan penstrukturan semula dan pembangunan model dan penyatuan pasaran utama kami. MV Agusta kini adalah jenama ikonik yang lebih kuat dengan rangkaian produk yang sama sekali baharu, lahir dari pelaburan lima tahun yang besar, kesemuanya merupakan elemen penting untuk menyokong pertumbuhan dan permintaan pelanggan-pelanggan kami. "