Mugen Honda E-rex umpama dinosaur masa hadapan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Mugen dan Honda telah bergabung untuk membina motosikal motocross elektrik yang telah diilhamkan dari dinosaur T-Rex. Jentera lumba elektrik mereka iaitu Shinden telah memenangi tiga perlumbaan kelas Zero elektrik di Isle of Man TT, telah membantu Mugen untuk menempa nama sebagai salah satu pemain utama dalam dunia motosikal elektrik. Syarikat itu telah bekerja keras untuk membangunkan lagi teknologi yang sedia ada dengan pengumuman jentera motocross elektrik baharu mereka; E-REX. Mugen melancarkan prototaip E-REX di gerai Honda si Tokyo Motor Cycle Show hujung minggu ini (25-26 Mac 2017) - dan jika anda lihat dengan teliti, anda kan dapat melihat suspensi Showa dan komponen brek Nissin (kedua-dua jenama yang dimiliki Honda). Sama seperti Mugen Shinden, tiada penjimatan perbelanjaan telah dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Turut dikesan adalah cakera brek  gentian karbon pada E-Rex - tetapi mungkin kita tidak seharusnya tidak terlalu teruja lagi, kerana ia masih sebuah jentera konsep. mugen-e-rex-electric-motocross-2 Persoalan sebenar sekarang ialah apakah Mugen dan Honda merancang untuk lakukan. Mereka ada berkata bahawa mereka akan "meroka potensi masa depan," bagi sebuah jentera motocross elektrik (walaupun diakui agak samar-samar) - tetapi dengan desas desus bahawa kategori elektrik akan diperkenalkan di beberapa siri perlumbaan off-road, Mugen dan Honda nampaknya sudah bersedia untuk menguasai litar tanah juga.