Presiden Uber letak jawatan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Syarikat Perkhidmatan Pengangkutan Uber Technologies Incoporated (Uber) berdepan dengan masalah besar apabila Presidennya, Jeff Jones, telah meletak jawatan.

JONES QUIT

 Jones yang merupakan pakar pemasaran yang diupah untuk membantu meningkatkan reputasi syarikat itu meletak  jawatan selepas kurang dari tujuh bulan berkhidmat di syarikat tersebut. Menurut Jones, beliau menarik diri atas sebab rasa tidak serasi dengan perniagaan itu. “Saya menyertai Uber kerana misinya, dan cabaran untuk membina keupayaan global yang akan membantu syarikat ini matang dan berkembang maju dalam jangka masa panjang. Tapi kini jelas bahawa kepercayaan yang saya pegang sepanjang perjalanan karier saya, tidak konsisten dengan apa yang saya alami di Uber” kata Jones.

uber

Jones sudah melaksanakan beberapa tanggungjawab COO. Beliau pernah berkhidmat dengan syarikat Target sebagai Ketua Pegawai Pemasaran dan mendapat pengiktirafan atas kejayaan memodenkan jenama tersebut sebelum menyertai Uber. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jeff selama enam bulan beliau berkhidmat dengan syarikat ini dan mengharapkan yang terbaik untuknya," kata seorang jurucakap Uber dalam satu kenyataan. Bulan lalu, Amit Singhal yang merupakan jurutera eksekutif syarikat itu dinasihatkan untuk meletak jawatan susulan tuduhan gangguan seksual ketika bertugas di Alphabet Incoporated Google. Naib Presiden Produk dan Peluasan Uber, Ed Baker turut menyatakan beliau akan meletak jawatan pada akhir bulan Mac ini untuk menceburi bidang politik. Sumber:channelnewsasia.com