Pengalaman pemilikan 10-bintang Toyota

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Menurut Toyota, mereka sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan pelanggan dan menawarkan pengalaman pemilikan yang terbaik kepada pemilik kenderaanToyota. Demi memberikan kelapangan minda dan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang, UMW Toyota Motor telah menawarkan perkhidmatan seperti berikut kepada para pelanggan: Jaminan lima tahun tanpa had perbatuan  Toyota 01 Pemilikan kenderaan Toyota baharu datang dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan (tertakluk kepada terma dan syarat). Selain itu, pemilik dapat menikmati lima tahun perlindungan penuh. Jaminan ini boleh dipindah kepada pemilik lain jika kenderaan dijual, dan waranti masih lagi berjalan. Oleh itu, ia dapat meningkatkan lagi nilai jualan semula kenderaan Toyota. Toyota 24 seven Road Assist toyota 02 Pemilik juga boleh menikmati “Toyota 24Seven Road Assist” iaitu perkhidmatan yang memberikan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan seperti tayar pancit atau kemalangan. Dalam situasi ini, pelanggan boleh membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan termasuk perkhidmatan menunda ke pusat servis Toyota yang berhampiran. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma untuk tahun pertama pemilikan kenderaan Toyota secara 24 jam, tujuh hari seminggu. Bantuan memperbaharui cukai jalan dan insuran Sepanjang pemilikan kenderaan Toyota, pemilik boleh menghubungi UMWT untuk bantuan memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan. Aksesori tulen serta jaminan selama setahun Sekiranya pelanggan ingin menambah aksesori tulen Toyota pada kenderaan, ini juga boleh didapati manakala sebarang kerosakan kepada kenderaan itu boleh dibaiki secara profesional di mana-mana di pusat “body and paint” Toyota. Semua pembaikan atau aksesori datang dengan jaminan selama setahun (tertakluk kepada terma dan syarat). Jaminan satu tahun untuk pembelian kenderaan terpakai Toyota

toyota 03

Walaupun ramai yang menggangap UMWT hanya untuk pemilikkan kenderaan baharu Toyota, namun ‘Top Mark’ (anak syarikat milik UMWT) juga menawarkan kenderaan terpakai Toyota yang berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan tempat terbaik untuk membeli kenderaan terpakai Toyota kerana semua kenderaan di sini telah diperiksa dengan teliti .  Jaminan selama satu tahun (tertakluk kepada terma dan syarat) juga disediakan untuk pembeli kereta terpakai Toyota di syarikat di syarikat ini. Aplikasi mudah alih “Toyota Drive”

Toyota-Drive-Mobile-Apps-620x350

 UMWT juga menyediakan semua maklumat yang diperlukan melalui aplikasi mudah alih percuma iaitu “Toyota Drive” yang boleh digunakan untuk kedua-dua IOS dan telefon pintar Android. Bagi mereka yang mendaftar dengan UMWT, anda boleh membuat temu janji untuk penyelenggaraan melalui aplikasi  ini.