Jam istimewa buatan Hublot-Ferrari

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mungkin kebetulan sahaja. Tetapi kemenangan Sebastian Vettel di Australia membawa pada persembahan jam terbaharu Hublot ini. Techframe Ferrari Tourbillon Chronograph Titanium (2) copy Ini ialah Techframe Ferrari 70 Years Tourbillon Chronograph, jam termewah yang dipersembahkan di pameran expo jam mewah Baselworld. Techframe Ferrari Tourbillon Chronograph Titanium (5) (2) copy Ia dikeluarkan oleh Hublot khas bagi menyambut ulangtahun ke-70 syarikat Ferrari. Ia dikatakan telah dibuat dengan teliti dari segi rekabentuk dan kejuruteraan “yang bermula dengan Ferrari di Maranello dan berakhir di Nyon dengan Hublot.” Sebelum ini sudah banyak syarikat kereta mewah bekerjasama dengan jenama pembuat jam mewah untuk menghasilkan rekaan jam istimewa seperti Bentley dan Breitling, Range Rover dan Zenith atau Bugatti dan Parmigiani Fleurier. 408.NI.0123_1 Rekaan jam khas Hublot Ferrari ini telah diketuai oleh pengarah kreatif Ferrari Flavio Manzoni, yang mahukan pergerakan halus tourbillon chronograph menjadi asas jam ini. Ia mempunyai pergerakan jarum yang sangat tepat. 408.QU.0123_1 Bulatan muka jam ini berukuran 45 mm dan ia juga kalis air sehingga 100 kaki. Rangka jam diperbuat dari pilihan titanium, emas ros dan jenis gentian karbon istimewa dipanggil Polyether Ether Ketone (PEEK). Techframe Ferrari Tourbillon Chronograph PEEK Carbon (2) copy Hanya 70 unit sahaja Techframe Ferrari 70 Years Tourbillon Chronograph akan dihasilkan. Harganya? Oh, terlebih dahulu anda perlu membuat permohonan pada Hublot untuk membelinya.