Kereta tanpa pemandu Uber kemalangan di Tempe

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Sebuah kereta tanpa pemandu milik Uber telah terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lepas di Tempe, Arizona, Ini merupakan salah satu kejadian yang paling serius setakat ini melibatkan armada kenderaan autonomi yang sedang diuji di jalan raya Amerika Syarikat. Uber telah menggantung ujian kereta autonomi ini berikutan kejadian tersebut. Gambar yang disiarkan di Twitter suapan Fresco News di atas menunjukkan kereta Uber iaitu sebuah Volvo SUV tanpa pemandu yang terbalik ke sisinya. Kelihatan juga kereta lain yang terlibat turut kemek dan pecah tingkap. Tiada kecederaan parah yang dilaporkan dalam kejadian itu. Pihak Uber yang dihubungi portal Business Insider mengesahkan bahawa SUV tersebut beroperasi dalam mod autonomi apabila kemalangan itu berlaku. Uber telah menghentikan kesemua operasi kereta tanpa pemandunya di Arizona dan sedang menyiasat punca kejadian itu. Jurucakap polis Tempe memberitahu Bloomberg bahawa Uber tidak bersalah dalam kemalangan tersebut dan SUV tersebut telah dilanggar oleh sebuah kereta lain yang gagal untuk memberi laluan. Namun, perlanggaran itu mungkin akan mencetuskan perdebatan hangat tentang keselamatan kereta tanpa pemandu atau pandu-kendiri sepertinya. Sebuah kereta Tesla dalam mod Autopilot telah merempuh sebuah trak tahun lepas, dan membunuh pemandu kereta. Kereta prototaip tanpa pemandu Google telah terlibat dalam beberapa kemalangan kecil sebelum ini, walaupun sebahagian besarnya beroperasi dalam mod manual pada waktu kejadian.