Vinales buka tirai cabaran MotoGP di Qatar

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Hujan, kelewatan, ketidakpastian dan keputusan untuk memendekkan jarak perlumbaan didahulukan 20 pusingan telah menjadi rempah ratus perlumbaan pembukaan kategori MotoGP untuk tahun 2017. Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) nyata menyerlah sepertimana dibayangkan dalam sesi ujian sebelum ini dengan memeterai kemenangan pertamanya untuk Yamaha, walaupun bukan mudah. Pemula petak utama itu terpaksa bertarung dengan Andrea Dovizioso (Ducati Team) dalam pertarungan hebat di litar padang pasir itu. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) pula masih mampu menaiki podium ketiga selepas pulih kembali dari kedudukan P10 di grid permulaan. Permulaan yang menakjubkan dari Andrea Iannone (pasukan Suzuki Ecstar) dari P2  telah dibayangi sebagai pelumba rookie Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) yang menyelinap untuk mendahului pusingan pertama, semakin jauh dan membuka jurang apabila Vinales mendapati dirinya merosot ke belakang dengan rakan sepasukannya. Tetapi persembahan luar biasa itu berakhir awal untuk pelumba Perancis itu yang telah susut ke belakang tidak lama selepas itu, dengan membolehkan 'DesmoDovi' memimpin di hadapan. Jentera nombor 4 Ducati semakin jauh di hadapan, namun Iannone yang mengekorinya telah tersingkir daripada perlumbaan dari tempat kedua - meninggalkan juara bertahan Marc Marquez (Repsol Honda Team), Vinales dan Rossi yang mengejar Desmosedici yang memimpin di hadapan. Selepas satu pergelutan klasik antara jentera 46 dan 93, 'Doctor' kemudiannya bolos ke hadapan untuk mengejar rakan sepasukannya. Vinales kemudiannya dapat menahan pelumba Itali pada pusingan kedua terakhir dan melintasi garisan untuk mengambil kemenangan MotoGP keduanya, dan kali pertaman dalam warna liveri Yamaha. Marquez melintasi di tempat  keempat, di hadapan rakan sepasukan Dani Pedrosa yang telah memintas Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini): catatan terbaik untuk Aprilia dalam tahun pertama yang menakjubkan dengan Noale. Scott Redding (Octo Pramac Racing) dan Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) pulang dalam penyudahan P7 dan P8, dan Alex Rins (pasukan Suzuki Ecstar) muncul rookie terbaik di P9 - hanya sekilas di hadapan pelumba Monster Yamaha Tech 3, Jonas Folger yang menamatkan sepuluh teratas. Jorge Lorenzo (Ducati Team) tersasar pada pusingan pertama selepas permulaan yang baik dan turun ke belakang grid selepas menyertai semula perlumbaan dan melintasi garisan dalam P11 pada akhirnya. Cal Crutchlow (LCR Honda) tersingkir daripada saingan sebelum menyertai semula perlumbaan namun sekali lagi mengalami nasib yang sama, dan Alvaro Bautista (Pull & Bear Aspar Team) terhempas tidak lama selepas itu, begitu juga pelumba Octo Pramac Racing Danilo Petrucci - menyertai Iannone dan Zarco dalam senarai malang untuk pusingan pertama. Padok MptpGP kini ke Argentina dan Termas de Rio Hondo untuk pusingan kedua pada 7 hingga 9 April kelak. qatar 17 podium Keputusan 1 - Maverick Vinales (SPA - Yamaha) 38'59.999 2 - Andrea Dovizioso (ITA - Ducati) 0,461 3 - Valentino Rossi (ITA - Yamaha) + 1,928