Mitsubishi Outlander dipertingkatkan bagi 2017

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia  secara rasminya telah memperkenalkan Mitsubishi Outlander yang dipertingkatkan. Beberapa ciri-ciri baharu telah ditingkatkan pada SUV Outlander ini sebagai sentuhan yang lebih mewah. Kemuncak utama adalah bantuan parkir elektronik atau Electronic Parking Brake yang merupakan ciri moden yang memudahkan pemanduan, pencahayaan lantai (Interior Floor Illumination) yang menyambut pemandu dan penumpang keetika membuka pintu waktu malam, dan antena ekor jerung (Shark Fin Antenna) iaitu sentuhan kecil untuk meningkatkan keanggunnan keseluruhan reka bentuk luaran. Outlander yang dipertingkatkan ini datang standard dengan ciri-ciri premium seperti bumbung mentari Sunroof, pentu belakang elektrik (Electric Tailgate) dengan ciri-ciri anti-sepit, Lampu Depan LED dengan lampu pemanduan siang (Daytime Running Lights DRL) dan diperkemaskan lagi dengan roda aloi dwi-warna 18" untuk melengkapkan keterampilan yang bergaya. New features for a more luxurious touch Kabin SUV Outlander SUV ini dilengkapi dengan kerusi kulit 7 tempat duduk dan sensor automatik bagi nyalaan lampu dan pengelap cermin ketika hujan. Ditawarkan hanya dalam pacuan 4-roda 4WD, kenderaan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini dikuasakan oleh enjin 2.4 liter Mitsubishi Innovative dengan pemasaan injap kawalan elektronik (MIVEC) yang menjana maksimum 165 hp pada 6,000 rpm dan tork maksimum sebanyak 222Nm pada 4,100 rpm. Outlander ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu merah Red Metallic, putih White Pearl dan kelabu Grey Metallic. Ruang kargo luasnya boleh memuatkan sehingga 4 beg golf atau tilam solo (1608 liter) dan radius pusingan sekecil 5.3 meter. SUV berpenampilan bergaya, ruang mewah dengan 7 tempat duduk, ciri-ciri premium dan keselamatan yang terbaik ini ditawarkan pada harga yang kompetitif iaitu RM171,000.00*  yang disertakan dengan pakej jaminan lima tahun atau 100,000 km, yang mana terdahulu. unnamed1 Ciri-ciri keselamatan - 7 beg udara - Active Stability and Traction Control (ASTC), - Hill-Start Assist (HSA) - Sistem brek anti-kunci (ABS) - Electronic Brake-force Distribution (EBD) -  ISOFIX untuk kerusi bayi dan kanak kanak Prestasi dan 4WD System - transmisi CVT dengan 6-Langkah Mod Manual - sistem 4WD multi-pilihan dengan tiga mod 4WD ECO, 4WD Auto dan 4WD Lock.