Jadilah pemilik istimewa A 200 Urban Hunting Activity Edition

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kita semua ada hajat terpendam mahu memiliki sebuah kereta edisi terhad. Ya, kereta edisi terhad amat istimewa kerana ia akan membuat anda ahli suatu kumpulan pemilik kereta yang istimewa. Mungkin dengan sebab ini, Mercedes-Benz Malaysia telah membuat sebuah model A 200 berbeza dengan model lain. A-Class Urban Hunting Activity Edition (2) Dipanggil A 200 “Urban Hunting Activity Edition”, model istimewa keluaran Mercedes-Benz Malaysia ini hanya terdapat dalam 30 unit sahaja, dan hanya dijual di Malaysia. Bayangkan betapa istimewanya A-class ini. A-Class Urban Hunting Activity Edition (1) Ia menampilkan hiasan sporty tersendiri, semua ciri-ciri hiasan Night Package dari Mercedes-Benz, termasuk rim aloi 18-inci. Yang paling menarik jika anda jadi seorang dari 30 pemilik A 200 “Urban Hunting Activity Edition” ini ialah plak istimewa yang dipasang pada ruang dalam menyatakan bahawa anda adalah salah seorang pemilik 30 kereta keluaran istimewa ini. A-Class Urban Hunting Activity Edition (23) Ruang dalam kereta ini juga amat mewah kerana dihias dengan permukaan kulit berwarna hitam dan kuning air. A-Class Urban Hunting Activity Edition (21) Harganya? RM205,888 (tanpa insuran). Ia disertakan dengan jaminan ganti empat tahun.