Hanya RM69,888 untuk dapatkan VW Polo 1.6 Hatchback

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Polo 1.6 Hatchback kini berharga RM69,888* untuk masa yang terhad dan dengan bayaran balik pinjaman bulanan sebanyak RM737* sahaja. Pengedarnya Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengatakan bahawa  Polo 1.6 hatchback ini direka untuk pengembaraan pemanduan bandar. Walaupun berketerampilan kecil, ianya besar dari segi keseronokan, dan merupakan kenderaan yang sempurna jika anda inginkan pemanduan dinamik dan mendebarkan tanpa perlu berkompromi dengan keselesaan, keselamatan dan kualiti. Polo 1.6 ini dilengkapi dengan enjin petrol 1.6 liter 105PS 16-injap suntikan pelbagai titik (MPI) dengan transmisi Tiptronic automatik 6-kelajuan, dengan tork maksimum 153Nm pada 3800rpm dan penggunaan bahan api hanya 6.3L bagi setiap 100km. Polo 1.6 kini dilengkapi dengan unit kepala audio RCD 330G baru yang menawarkan pelbagai pilihan ketersambungan kepada pelanggan dengan paparan sesentuh kapasitif, pemain CD tunggal (WMA / MP3), USB dan antara muka iPod, sokongan AUX-IN, slot kad SD, dan sambungan Bluetooth dengan MirrorLink. Untuk maklumat lanjut, sila lawati bilik pameran Volkswagen terdekat anda untuk mengetahui lebih lanjut atau layari www.volkswagen.com.my. POLO