Jelmaan serius Evo 6.5 TME

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Evolution memang satu nama yang dihormati oleh peminat-peminat kenderaan. Jentera yang diasaskan dari varian Lancer, ia menerima pelbagai perubahan untuk menjadikan ia juara rally dunia. Salah satu varian Evolution yang paling dikenali pastinya ialah Evo VI Tommi Mäkinen Edition, juga dikenali sebagai Evo 6.5 TME. Dilancarkan pada penghujung tahun 1999, ia datang dengan turbin titanium, strut bar atas untuk roda hadapan, ketinggian yang direndahkan khusus untuk perlumbaan di atas jalan bertar, nisbah stereng lebih pantas, bamper hadapan berlainan, tempat duduk Recaro, roda aloi 17-inci dari Enkei, stereng kulit Momo dan pemegang gear Momo serta warna-warna istimewa. 05-IMG_6429-2 [gallery size="medium" ids="25848,25850,25849"] Bukan mudah untuk mencari sebuah Evo 6.5 TME, dan mungkin kerana itulah rakan kita, saudara Anwar Nuex mengambil keputusan untuk mengubah Mitsubishi Lancer 1.5L milik beliau kepada satu jelmaan Evo 6.5 TME. Enjin asal 4G15 yang berusia hampir sebaya dengan Stegosaurus Stenops dibuang dan digantikan dengan enjin 4G63T dari Evo 6.5 TME, lengkap dengan sistem pacuan 4-roda. Ia bukan semudah yang disangkakan kerana banyak perkara perlu diubah dan diganti bila kita menggantikan enjin 1.5L dengan sebuah enjin turbo 2.0L untuk rally. 15-IMG_6451 Antaranya ialah wastegate jenama Tial, fuel regulator dari AVS, pam bahan bakar Walbro, sistem ekzos Apexi dan kotak komputer ECU yang diprogramkan kembali. Klac transmisi pula menggunakan jenama HKS dengan dwi-piring. Untuk memastikan segala tenaga yang dihasilkan mampu dikawal, Anwar menggunakan sistem gantungan dari Zeal dan paling penting, sistem brek Brembo. 13-IMG_6448 [gallery columns="2" size="medium" ids="25853,25854,25855,25856"] Dari luaran, apa yang kita mampu lihat ialah pelekat badan ala team HKS, diffuser carbon-fibre, GT Wing dari Custom Velocity dan cermin sisi “Mickey Mouse”. Tempat duduk hadapan ialah sepasang Recaro SR4 carbon fibre sementara tempat duduk belakang ialah dari Evo 6.5 TME. Anwar ingin mengucapkan terima kasih kepada Nuex Garage, Liena Racing dan 199 Performance untuk bantuan teknikal dan kerja-kerja modifikasi ini. 10-IMG_6444