Pengusaha stesen minyak usah khuatir - PDAM

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), pengusaha stesen minyak di seluruh negara tidak perlu khuatir akan kenyataan kerajaan untuk memeperkenalkan harga siling dan membenarkan harga minimum jualan dikawal oleh industri itu sendiri. Menurut Presiden PDAM, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz di dalam kenyataan akhbar persatuan tersebut, PDAM telah bertemu dengan Menteri KDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beliau (Menteri) memberi jaminan bahawa pengusaha stesen minyak tidak akan terjejas di bawah mekanisma baharu tersebut. “Kami bimbang sistem ini akan mewujudkan perang harga di mana para pengusaha dipaksa oleh syarikat pembekal minyak untuk meletakkan harga mengikut strategi persaingan mereka. Ini akan merugikan pengusaha kerana kuantiti dan penghantaran stok adalah di luar kawalan kami dan berada sepenuhnya di bawah kuasa syarikat pembekal minyak. Pengusaha terpaksa menanggung kerugian kerana harga diturunkan ketika stok kami tinggi atau dinaikkan ketika stok kami rendah,” terang Khairul. “Jika ini berlaku nasib kira-kira 1,000 pengusaha dalam kategori jualan rendah tidak mampu menanggung kerugian turun naik harga ini. Nasib lebih kurang 8,000 pekerja tempatan di stesen-stesen juga terancam,” sambung beliau lagi. PDAM turut mencadangkan langkah-langkah terbaik untuk menangani masalah ini.
  1. Tidak melaksanakan sistem harga siling kerana ia akan mengakibatkan pengusaha kecil gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan pengusaha besar. Penduduk di kawasan tiada saingan juga tidak akan mendapat kelebihan harga rendah.
  2. Jika ia masih perlu dilakukan, mekanisma perlu diperhalusi terlebih dahulu.
Khairul turut menambah bahawa ramai pengusaha di negara jiran gulung tikar apabila kerajaan mereka mengamalkan sistem apungan harga.