Cas kereta elektrik secara percuma di stesen Petronas

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) secara rasminya telah melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik (ChargeEV) yang pertama di Stesen Petronas Solaris, Serdang, Selangor. P1180640 ChargeEV merupakan satu kemudahan baharu yang disediakan di Petronas dengan kerjasama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia). Kemudahan pengecas ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna sebagai langkah untuk mempromosikan pemilikan kenderaan elektrik di Malaysia. Majlis pelancaran ChargeEV telah dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

werc

Sebanyak 66 stesen pengecas kenderaan elektrik bakal dibangunkan di stesen-stesen Petronas di lebuhraya utama Semenanjung Malaysia.yang membolehkan pengguna EV pergi lebih jauh sehingga ke luar Lembah Klang. Menjelang tahun 2030, Pelan Mobiliti dan Pelan Induk Teknologi Hijau KeTTHA mensasarkan 100% pendaftaran baharu bagi kenderaan hakmilik persendirian adalah terdiri daripada kenderaan hibrid dan kenderaan elektrik. P1180632 Stesen ChargeEV Petronas juga terdapat di lokasi-lokasi berikut:
  1. Solaris Serdang
  2. Solaris Putra
  3. NKVE Damansara
  4. Elite Bukit Jelutung
  5. NKVE Subang
  6. Kesas Timur
  7. Kesas Barat
  8. Genting Sempah
  9. Ayer Keroh Arah Selatan
  10. Federal Highway Batu Tiga