The Three Brothers - tiga kereta sport baharu Toyota

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota nampaknya bakal menggegar dunia dengan perancangan terbaharu mereka.

Menurut Tetsuya Tada, ketua Gazoo Racing yang juga seorang jurutera lagenda Toyota, Toyota akan menghasilkan tiga model sport yang digelarkan The Three Brothers.

Ini bermakna kita bakal melihat Toyota Supra baharu, GT86 yang mengambil alih tempat Celica dan pengganti model MR2.

Tada berkata Toyota merancang untuk menghasilkan ketiga-tiga itu secepat mungkin. Di bawah adalah ringkasan perancangan ketiga-tiga model tersebut mengikut Tada.

toyota-mr2

Toyota MR2

Toyota MR2 akan meneruskan tradisinya, iaitu sebuah kereta sport ringan dan kecil.

Namun begitu dengan peraturan asap (emission) yangs emakin ketat, tidak mustahil enjin yang digunakan mempunyai ciri-ciri hibrid.

Paling penting, ia juga mempunyai harga mampu milik, seperti MR2 sebelumnya.

tetsuya-tada

Toyota GT86

Ciri-ciri GT86 akan disambung, dan kemungkinan tiada pengganti keseluruhan tetapi hanya lebih kepada penambah-baikan kerana GT86 sekarang sudah hampir sempurna.

GT86 juga tidak mungkin akan mendapat suntikan tenaga yang banyak kerana itu akan memberikan cabaran kepada abangnya - Supra.

Perlu diingat, Tada ialah Mr GT86 kerana beliau yang bertanggung-jawab akan projek GT86. Pasti beliau akan meneruskan lagenda 86.

Toyota Supra

Toyota Supra

Tada memberikan sedikit bayangan akan saiz Supra bila beliau memuji Porsche Cayman yang ringan  itu. Malah, Tada berkata Supra baharu perlu lebih ringan dari pesaingnya - bermakna ia akan lebih kompak dan lebih ringan dari Porsche 911!

Ia juga akan mempunyai lebih tenaga dari enjinnya, dan rancangan Toyota untuk berkongsi platform dan teknologi dengan BMW bagi Supra ini pasti akan membuatkan ramai peminat teruja!

*Berita dipetik dari majalah Evo UK