Vendor automotif Malaysia berpotensi besar teroka pasaran ASEAN

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Sebanyak 44 vendor automotif dan syarikat perdagangan Jepun telah menghadiri sesi pemadanan perniagaan dengan 25 vendor automotif Malaysia diadakan di Tsu City, Mei Prefecture semalam. Acara itu dianjurkan oleh Hyakugo Bank of Japan. "Pelancaran Komuniti Ekonomi ASEAN telah menjadikan Asia Tenggara sebagai satu pasaran yang sangat menarik bagi syarikat Jepun, dan bagi syarikat-syarikat Malaysia, perkongsian dengan syarikat-syarikat Jepun berteknologi paling maju dikatakan menjadi salah satu faktor yang penting untuk mengatasi persaingan," kata Presiden Hyakugo Bank Mr Toshiyasu Ito pada pembukaan sesi pemadanan perniagaan tersebut. Acara yang dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) ini disertai oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia  (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Pertubuhan Perdagangan Jepun (JETRO) dan disokong oleh Perodua. IMG-20170308-WA0010 Kerjasama potensi antara syarikat-syarikat ini termasuklah perkongsian strategik dan/atau bantuan teknikal dalam bidang pembuatan bahagian plastik, bahagian logam, alat, bahagian elektrik dan alatganti lepas pasaran. Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Hyakugo Bank Encik Tsuyoshi Ueda, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, Ketua Pegawai Operasi MAI, Encik Nizma Mohd Nazar dan Pengarah pejabat Tokyo MIDA Encik Zahirul Ishak. "Majlis hari ini adalah bukti hubungan ekonomi dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Jepun." "Ia antara lain bertujuan menjadi platform untuk para vendor mengenal pasti dan potensi usaha sama dengan syarikat automotif Jepun, serta membantu untuk menggalakkan pakatan strategik dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk kerjasama teknologi, peluang pengembangan perniagaan, penembusan pasaran eksport dan perkongsian ilmu," kata Nizma. Beliau turut menambah bahawa Jepun telah lama menjadi rakan dagangan yang rapat dengan Malaysia. Dari segi perdagangan produk automotif, Jepun merupakan rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia, dengan perdagangan dua hala berjumlah RM6.8 bilion pada 2015. "Eksport bahagian dan komponen automotif Malaysia ke Jepun tahun lepas mencatatkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada RM301.5 juta daripada RM237.5 juta pada tahun 2014. Lihatlah Perodua, yang merupakan bukti nyata apa yang boleh dicapai melalui perkongsian Jepun-Malaysia," tambah Nizma. IMG-20170308-WA0011