Peugeot 3008 SUV pertama raih anugerah kereta tahunan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Peugeot 3008 baharu telah meraih anugerah Kereta Tahunan Eropah 2017 di Geneva International Motor Show pada 6 Mac 2017 yang lalu. 1_LogoCOTY_2017 Panel juri terdiri daripada para journalis Eropah iaitu seramai 58 orang. Peugeot telahpun menerima hadiah untuk Kereta Tahunan ini buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun. Peugeot 3008 baharu ini menawarkan gabungan unik gaya, keselesaan dan pengendalian jalan raya yang baik. Apa yang lebih menarik adalah Peugeot i-Cockpit yang memberikan memberi pengalaman baharu bila berada ditempat duduk pemandu. "Dengan menewaskan pesaing sengit daripada 30 model baharu yang lain dari Amerika, Korea, Eropah dan Jepun, Peugeot sekali lagi mengukuhkan reputasinya sebagai jenama Eropah yang unggul," kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Dato 'Samson Anand George.