Honda Civic Type R - 2.0 VTEC Turbo, 320 PS, 400Nm!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jika Honda Civic generasi kesepuluh menggegarkan talian internet peminat kereta, maka selamat untuk diandaikan Honda Civic Type R yang membuat penampilan di Pameran Kenderaan Geneva 2017 bakal memutuskan talian internet di rumah. Tidak dapat tidak sekurang-kurangya secara peribadi terukir senyuman dan berdebar di dada apabila melihat model berprestasi terbaru dari Honda ini, walaupun ia dilengkapi dengan tiga muncung ekzos. Honda Civic Type R adalah model yang sama seperti Civic hatchback tetapi ia telah 'dibikin' semula supaya legasi Type R terus hidup meniti di bibir peminat kereta berprestasi. Nadi kuasa - 2.0l VTEC TURBO, transmisi 6 kelajuan manual Honda Civic Type R 2017.04 Membaca jenis enjin yang dibekalkan terus membuat hati ini teruja. Honda mengitar semula enjin 2.0 VTEC TURBO Type R FK2 untuk model ini tetapi kuasanya telah di tambah baik. Output kuasa telah bertambah 10 PS kepada 320 PS (lebih dari 300 hp) manakala tork maksimum pula ialah 400 Nm. Bayangkan, ini adalah kereta pacuan roda hadapan dan dengan kuasa setinggi itu pasti ia mempunyai ketegaran struktur yang tinggi dan talaan suspensi cekap selain dari sistem bantuan elektronik. Dikatakan juga, respon pendikit model baharu ini lebih baik susulan talaan semula sistem kawalan enjin. Selain itu, kecekapan transmisi juga ditambah baik melalui sistem kawalan yang menyamakan kelajuan enjin bagi memastikan ia cekap bekerja dan senada dengan tahap ia dipandu. Casis lebih tegar Honda Civic Type R 2017.05 Memandangkan Type R menggunakan casis Civic hatchback, ia telah diberi perhatian semula supaya dapat menampung kuasa tambahan serta sesuai dengan pemanduan lebih agresif. Jurutera Honda telah menambah baik beberapa poin utama casis dan hasilnya ketegaran torsi (torsional rigidity) telah bertambah 38% berbanding Civic hatchback. Selain daripada itu, suspensi depan Macpherson juga disemak semula melalui tetapan geometri baharu bagi mengurangkan gelinciran tujahan (torque steer) dan agar kereta ini selamba dapat melepasi selekoh di litar lumba dengan meyakinkan. Suspensi multi link belakang pula menggunakan lengan ayun yang lebih tegar. Mod pemanduan baharu - Seleksi Comfort Salah satu keterujaan Type R sebelum ini ialah mod pemanduan +R untuk kegunaan di litar lumba. Kali ini, ada satu tambahan mod pemanduan dan hairannya ia adalah seleksi Comfort sebagai tambahan kepada mod Sport dan +R. Setiap seleksi mod pemanduan akan mengubah talaan suspensi, beban stereng, efek tukaran gear dan respon pendikit. Pakej aerodinamik lebih lengkap Kelengkapan aerodinamik jenis 'sleeper' seperti Type R zaman 90 an sudah berlalu agaknya. Jika model Type R sebelum ini menimbulkan pelbagai reaksi bercampur-campur, tidak dapat dipastikan apakah respon pengikut tegar tentang Type R baharu ini. Ia seolah pelakon yang sudah layak tanpa melalui ujian lakon layar untuk filem Transformers atau Gundam. Walau bagaimanapun, menurut Honda kelengkapan aerodinamik itu bukanlah estetik semata-mata. Sebagai contoh, laluan angin bahagian bawah badan kereta lebih lancar manakala bentuk badan yang lebih maskulin dan agresif menghasilkan keseimbangan terbaik di antara daya angkat dan seret (lift and drag) seterusnya menjadikan kereta lebih stabil pada kelajuan tinggi. Dikeluarkan di Eropah untuk pasaran utama dunia Honda Civic Type R 2017.06 Honda Civic Type R akan dikeluarkan di kilang Honda of the UK Manufacturing (HUM) di Swindon yang merupakan hab pengeluaran global Civic hatchback generasi kesepuluh. Dari Swindon, Civic Type R akan dieksport ke pasaran Eropah lain dan juga negara terpilih serata dunia termasuk Jepun dan Amerika Syarikat. Pembeli di AS bakal berpeluang memiliki kereta ini yang merupakan Type R pertama di pasarkan di sana. Dan dari sudut terdalam hati ini, diharapkan Honda Malaysia sekali lagi membuat kejutan dengan memperkenalkan Honda Civic Type R baharu ke pasaran domestik. 10 tahun sudah berlalu sejak FD2R pertama kali diperkenalkan secara rasmi di sini... Hmmm. [gallery columns="5" ids="25646,25647,25648,25650,25651,25652,25653,25649,25654,25655"] Penulis: Muhammad Md Tajudin