Honda Neowing tiga roda dilengkapi supercharger

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Neowing sah akan dikeluarkan sebagai Goldwing tiga roda atau trike. Dalam pada itu apa yang baru sahaja diketahui adalah bahawa jentera reka bentuk Honda yang dipaparkan pada 2015 itu akan dilengkapi dengan supercharger  sebagai peralatan standard! Jangkaan asal bahawa motosikal itu akan didatangkan sebagai loji kuasa gabungan hibrid/petrol nyata meleset berdasarkan dokumen rasmi yang difailkan Honda di pejabat paten UK. Honda-Neo-Wing-1-WM Apa yang nyata jelas ialah kotak udara pusat yang dipasang untuk enjin enam silinder Gold Wing itu. Pengambilan udara untuk supercharger masuk ,elalui muncung jentera tiga roda itu ke dua bahu atau sisi motosikal sebelum masuk ke dalam kotak udara yang terletak di belakang penutup pengisi bahan api. Memandangkan keperincian lukisan pendaftaran Honda Neowing ini, boleh dijangkakan bahawa motosikal ini akan menjadi sebahagian daripada barisan Honda 2018, namun begitu dengan pendedahan superbike Honda V4 baru baru ini, munkin juga kerja mereka bentuk Neowing ini mungkin ditangguhkan sehingga sehingga 2019 bagi menumpukan usaha penyelidikan kepada superbike baharu tersebut. Honda-Neo-Wing-7-WM Honda-Neo-Wing-5-WM