Auto Bavaria taja forum MOST

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pengedar BMW terbesar di negara ini iaitu Auto Bavaria mengumumkan penajaan pertama Forum Management of Social Transformations (MOST) bagi rantau Asia Pasifik untuk tahun 2017. Acara ini akan berlangsung dari 14-23 Mac Mac di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dianjurkan bersama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) di bawah program Pengurusan Transformasi Sosial (MOST). MOST merupakan program sains antara kerajaan bagi transformasi sosial yang diwujudkan dengan tujuan untuk mengukuhkan penyebaran ilmu kepada negara anggota dengan menggalakkan pendekatan penyampaian bukti melalui dialog berterusan antara penyelidik dan pembuat dasar. DSC03118 Program ini bergerak melalui kerjasama kerajaan, masyarakat sosial dan  sains manusia serta masyarakat awam untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan, yang merupakan kunci kepada perubahan sosial yang positif. Forum di Malaysia akan menjadi tempat pertemuan utama bagi lebih 150 peserta dari 73 negara termasuk pemimpin kerajaan, komuniti sosial dan sains manusia dan juga pertubuhan awam. Bertemakan "Membina Masyarakat Inklusif di Asia Pasifik", forum ini akan memberi tumpuan kepada topik yang antara lainnya terdiri daripada penuaan, wanita, dan inovasi sosial. Auto Bavaria akan menyokong acara itu dengan membekalkan 50 kenderaan BMW yang akan digunakan oleh pembesar-pembesar luar negara sebagai Rakan Kenderaan Rasmi di forum ini. Majlis penyerahan kunci telah diadakan hari ini di bilik pameran Auto Bavaria di Jalan Tun Razak dengan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun. Turut hadir pada majlis itu merupakan Pengarah Urusan Sime Darby Motors Malaysia Dennis Ho, Pengarah Hal Ehwal Korporat Sime Darby Motors Datuk Aishah Ahmad dan Pengarah Urusan Auto Bavaria, Jeffrey Gan.