Harga siling mingguan bahan bakar akan untungkan Petronas Dagangan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Petronas Dagangan (PetDag) akan mendapat lebih faedah apabila kerajaan memulakan harga siling mingguan kepada bahan bakar.

Menurut akhbar The Star, tindakan kerajaan membenarkan stesen minyak mengawal harga bahan bakar selagi ia tidak dijual melebihi harga siling akan menyebabkan persaingan di antara mereka dan PetDag akan mempunyai banyak kelebihan.

Memetik kenyataan UOB Kay Hian, The Star menulis bahawa PetDag mempunyai lebih dari 1,000 buah stesen minyak, iaitu 30 peratus dari jumlah keseluruhan stesen minyak dalam negara.

"Kami yakin PetDag mampu melindungi margin keuntungan, terutama dengan stesen-stesen PetDag yang lebih efisien dan berdaya saing," ujar UOB Kay Hian.

Keputusan kerajaan untuk membuka pasaran bahan bakar (walaupun masih ada harga siling) bakal membawa negara Malaysia lebih rapat kepada status negara maju.

Diharapkan wang dari pelupusan subsidi bahan bakar ini akan digunakan untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat.