BMW 1000XR dipamer di seluruh negara

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sempena tayangan filem Resident Evil 6: The Final Chapter di panggung wayang di seluruh negara, BMW Motorrad Malaysia akan menganjurkan satu peraduan cabutan bertuah, di mana para penonton berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif BMW Motorrad bernilai sehingga RM500.

Bermula dari 19 Januari hingga 28 Februari 2017, peraduan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang membeli tiket filem Resident Evil 6 di mana-mana panggung wayang di Malaysia.

Untuk menyertai peraduan ini, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

1. Tonton filem Resident Evil 6: The Final Chapter di mana-mana panggung wayang di seluruh negara. Simpan tiket anda.

2. Tulis nama penuh, nombor telefon dan e-mel di belakang tiket Resident Evil 6: The Final Chapter anda.

3. Bawa tiket Resident Evil 6: The Final Chapter anda ke mana-mana bilik pameran serta pengedar sah BMW Motorrad dan masukkan tiket itu ke dalam kotak peraduan yang disediakan.

Mulai 19 Januari, BMW Motorrad Malaysia juga akan mempamerkan BMW Motorrad S 1000 XR – jentera sebenar yang ditunggang oleh Alice, lakonan Milla Jovovich dalam filem Resident Evil 6: The Final Chapter di panggung wayang terpilih di seluruh negara. Motosikal premium yang telah mendefinisikan semula segmen Adventure Sport itu menggabungkan prestasi dinamik, inovasi dan keselesaan dengan keupayaan menempuh pelbagai laluan yang ekstrem.

BMW 01

Dipamerkan dengan kerjasama Sony Pictures, BMW Motorrad S 1000 XR akan dipertontonkan kepada orang ramai pada tarikh dan di panggung wayang seperti berikut:

Panggung Wayang

Tempoh Pameran

GSC Pavilion, KL

20 Jan – 04 Feb

GSC Signatures, KL

20 Jan – 04 Feb

GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang

19 Jan – 03 Feb

GSC Sunway Carnival, Butterworth

19 Jan – 03 Feb

MM Plex (former Cathay Cineplex), City Square

20 Jan – 04 Feb

GSC Suria Sabah

19 Jan – 03 Feb

GSC City One, Kuching

19 Jan – 03 Feb

Para pemenang akan dimaklumkan dalam tempoh masa empat minggu dari tarikh tutup penyertaan - 28 Februari 2017. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk senarai pengedar sah BMW Motorrad, sila layari laman web www.bmw-motorrad.com.my.

RE motorrad