Empat model mulakan Kawasaki 2017

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan empat model baharu sebagai pembuka tirai mereka bagi tahun 2017. KMMSB juga kini meraikan konsep One Kawasaki sebagai kesinambungan amalan syarikat induknya iaitu Kawasaki Jepun. WhatsApp Image 2017-01-23 at 18.56.43 Mulai kini kesemua model asas atau naked akan digolongkan dalam siri Z, manakala jentera berpelindung atau fairing pula disenaraikan dalam siri Ninja mereka. Satu lagi persamaan di antara keempat empat model ini adalah penggunaan sistem klac berbantu dan gelincir (Assist and Slipper clutch system). Sistem berbantu (assist) menggunapakai dua sesondol yang secara efektifnya meringankan daya operasi klac pada tangan anda. Sesondol sistem klac gelincir (slipper) pula bertindakbalas apabila terdapat penurunan gear yang pantas atau yang tidak dapat dielakkan. Sesondol gelincir akan berfungsi bagi mengasingkan plat klac dari hub klac. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas plat klac dan mengurangkan pantulan kembali tork serta membantu mencegah tayar belakang dari melompat atau melantun ketika tunggangan yang boleh membahayakan terutamanya apabila memasuki selekoh.   Kawasaki Versys X 250 Mungkin model Kawasaki Versys X 250 adalah antara yang dinanti ramai. Ia menawarkan alternatif penaiktarafan menarik bagi mereka yang ingin mula menceburkan diri dalam dunia permotosikalan yang lebih serius, sebelum melangkah lebih jauh ke alam motosikal berkuasa tinggi. Malah ia juga dilihat sebagai pilihan bijak untuk dijadikan sebuah motosikal komuter jarak sederhana  dengan posisi tunggangan yang selesa. Versys X 250 ini juga sesuai digunakan untuk jalan luar bandar atau laluan kurang baik, walaupun tidak dibina sepenuhnya untuk kegunaan lasak pesisir jalan atau off-road. Harga jangkaan Versys X250 pula ialah di bawah RM25,000 (termasuk gst) dan akan ditawarkan mulai Mac ini. 17KLE250C_GN1_LF_C [gallery link="file" columns="4" ids="23560,23561,23562,23563,23564,23565,23566,23567,23569,23570,23571,23572"] Spesifikasi Versys X 250 ENGINE Type   :  Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin Displacement :  249 cm3 Bore and Stroke :   62.0 x 41.2 mm Compression ratio :  11.3 : 1 Valve system  :  DOHC, 8 valves Fuel system  :  Fuel injection: ø28 mm x 2 with dual throttle valves Ignition  :  Digital Starting  :  Electric Lubrication  :  Forced lubrication, wet sump FRAME Type   : Backbone, high-tensile steel Tyre : Front : 100/90-19M/C (57S)             Rear : 130/80-17M/C (65S) Caster (rake)  : 24.3O DRIVETRAIN Transmission   : 6-speed, return Final drive   : Chain Gear ratios : 1st : 2.680 (39/15)    2nd : 1.789 (34/19)    3rd : 1.409 (31/22) 4th : 1.160 (29/25)    5th : 1.000 (27/27)    6th : 0.893 (25/28) Final reduction ratio  :    3.286 (46/14) Clutch    : Wet multi-disc, manual SUSPENSION Front  : Type :  ø41 mm telescopic fork Rear  : Type :  Bottom-Link Uni-Trak, gas-charged shock and adjustable preload BRAKES Front :  Type  : Single ø290 mm petal disc      Caliper : Single balanced actuation dual-piston Rear :  Type  : Single ø220 mm petal disc   Caliper : Dual-piston PERFORMANCE Maximum power :   24.7 kW {34 PS} / 11,500 min-1 Maximum torque :  21.7 N.m {2.2 kgf.m} / 10,000 min-1 DIMENSIONS Overall length :  2,170 mm Overall width  :   860 mm Overall height :  1,390 mm Wheelbase  :       1,450 mm Ground clearance :  180 mm Seat height  :  815 mm Curb mass  : 173 kg Fuel capacity  :  17 litres
Dua lagi model yang diperkenalkan merupakan siri 650 cc baharu mereka yang terdiri dari dua model iaitu Z650 dan Ninja 650. Kedua dua model ini didatangkan dengan brek ABS. Kawasaki Z650 Kawasaki Z650 serba baharu ini masih menggunakan enjin berkembar selari dan berkapasiti 649cc. Casis baharu dalam pakej jentera kelas pertengahan ini dikatakan lebih ringan, padat dan tirus. Sesuai dengan penampilan asas atau naked, ia dimasukkan dalam siri Z. Harga jangkaan Z650 ABS pula adalah di bawah RM37,000 (termasuk gst) dan akan ditawarkan mulai Mac. 17ER650H_GN1_RF_C [gallery columns="4" link="file" ids="23574,23575,23576,23577,23578,23579,23580,23581,23582,23583,23584,23585,23586,23587,23588"] Spesifikasi Z650 ENGINE Type   :  Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin Displacement :  649 cm3 Bore and Stroke :   83.0 x 60.0 mm Compression ratio :  10.8 : 1 Valve system  :  DOHC, 8 valves Fuel system  :  Fuel injection: ø36 mm x 2 with dual throttle valves Ignition  :  Digital Starting  :  Electric Lubrication  :  Forced lubrication, semi-dry sump FRAME Type    : Trellis, high-tensile steel Wheel travel : Front : 125 mm    Rear : 130 mm Tyre  : Front : 120/70ZR-17M/C (58W)              Rear : 160/60ZR-17M/C (69W) Caster (rake)   : 24.0O Trail    : 100 mm Steering angle (left/right) : 35O/35O DRIVETRAIN Transmission   : 6-speed, return Final drive   : Chain Primary reduction ratio : 2.095 (88/42) Gear ratios : 1st : 2.438 (39/16)    2nd : 1.714 (36/21)    3rd : 1.333 (32/24) 4th : 1.111 (30/27)    5th : 0.966 (28/29)    6th : 0.852 (23/27) Final reduction ratio  :    3.067 (46/15) Clutch    : Wet multi-disc, manual SUSPENSION Front  : Type :  ø41 mm telescopic fork Rear  : Type :  Horizontal Back-link with adjustable preload BRAKES Front :  Type  : Dual semi-floating ø300 mm petal discs     Caliper : Dual piston Rear :  Type  : Single ø220 mm petal disc Caliper : Single-piston PERFORMANCE Maximum power :   50.2 kW {68 PS} / 8,000 min-1 Maximum torque :  65.7 N.m {6.7 kgf.m} / 6,500 min-1 DIMENSIONS Overall length :  2,115 mm Overall width  :   775 mm Overall height :  1,080 mm  Wheelbase  :       1,410 mm Ground clearance :  130 mm Seat height  :  790 mm Curb mass  : 187 kg Fuel capacity  :  15 litres
Kawasaki Ninja 650 Ada juga peminat kawasaki yang telah meluahkan kekecewaan kerana mengharapkan Ninja 650 akan hadir berbekalkan enjin empat silinder. Masih mengekalkan penggunaan enjin dua selinder selari 649cc sejukan cecair, DOHC, 8-injap, ia dikatakan menawarkan tindakbalas yang cepat, prestasi julat rendah-pertengahan yang kuat dan tahap ekonomi bahan api yang baik. Kerangka serba baharunya cuma seberat 15kg kini. Harga jangkaan Ninja 650 ABS adalah di bawah RM38,000 (termasuk gst) dan akan ditawarkan mulai Mac ini. 17EX650K_GN1_RB_C [gallery columns="4" link="file" ids="23590,23591,23592,23593,23594,23595,23596,23597,23598,23599,23600"] ENGINE Type   :  Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin Displacement :  649 cm3 Bore and Stroke :   83.0 x 60.0 mm Compression ratio :  10.8 : 1 Valve system  :  DOHC, 8 valves Fuel system  :  Fuel injection: ø36 mm x 2 with dual throttle valves Ignition  :  Digital Starting  :  Electric Lubrication  :  Forced lubrication, semi-dry sump FRAME Type    : Trellis, high-tensile steel Wheel travel : Front : 125 mm    Rear : 130 mm Tyre  : Front : 120/70ZR-17M/C (58W)              Rear : 160/60ZR-17M/C (69W) Caster (rake)   : 24.0O Trail    : 100 mm Steering angle (left/right) : 32O/32O DRIVETRAIN Transmission   : 6-speed, return Final drive   : Chain Primary reduction ratio : 2.095 (88/42) Gear ratios : 1st : 2.438 (39/16)    2nd : 1.714 (36/21)    3rd : 1.333 (32/24) 4th : 1.111 (30/27)    5th : 0.966 (28/29)    6th : 0.852 (23/27) Final reduction ratio  :    3.067 (46/15) Clutch    : Wet multi-disc, manual SUSPENSION Front  : Type :  ø41 mm telescopic fork Rear  : Type :  Horizontal Back-link with adjustable preload BRAKES Front :  Type  : Dual semi-floating ø300 mm petal discs     Caliper : Dual piston Rear :  Type  : Single ø220 mm petal disc   Caliper : Single-piston PERFORMANCE Maximum power :   50.2 kW {68 PS} / 8,000 min-1 Maximum torque :  65.7 N.m {6.7 kgf.m} / 6,500 min-1 DIMENSIONS Overall length :  2,115 mm Overall width  :   740 mm Overall height :  1,135 mm  Wheelbase  :       1,410 mm Ground clearance :  130 mm Seat height  :  790 mm Curb mass  : 193 kg  Fuel capacity  :  15 litres
Kawasaki Z900 Akhir sekali, kita lihat pula model serba baharu iaitu Kawasaki Z900 yang ditawarkan dalam dua versi iaitu versi standard dan juga versi edisi khas. Harga jangkaan Z900 ABS ini ialah di bawah RM58,000 (termasuk gst) dan akan ditawarkan mulai April 2017. Z900 ini merupakan ahli terbaharu dalam keluarga Z. Di atas siri ini kini terdapat empat model yang bermula dengan Z750, Z800, Z900 ini dan juga Z1000 terdahulu, selain pelbagai model kemasukan Z yang lebih kecil. Gabungan gaya agresif “Z Supernaked” dan elemen reka bentuk sugomi bagi Z900 cuba menampilkan gaya elegan, rekabentuk fizikal yang menarik dan enjin yang padat. Z900 baharu ini didatangkan dengan skema warna Kelabu manakala Edisi Khas datang dalam skema warna Biru dengan aksesori seperti grafik khas, penutup pelana tunggal, penutup meter, sumber kuasa arus terus (DC), pelindung radiator, pelindung gelincir (slider), pelindung enjin, pelindung gelincir gandar depan, pelindung tangki dan juga lutut. IMG_3209 [gallery columns="4" link="file" ids="23614,23613,23612,23611,23610,23609,23608,23607,23606,23605,23604,23603,23602"] ENGINE Type   :  Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four Displacement :  948 cm3 Bore and Stroke :   73.4 x 56.0 mm Compression ratio :  11.8 : 1 Valve system  :  DOHC, 16 valves Fuel system  :  Fuel injection: ø36 mm x 4 with sub-throttles Ignition  :  Digital Starting  :  Electric Lubrication  :  Forced lubrication, wet sump FRAME Type    : Trellis, high-tensile steel Wheel travel : Front : 120 mm    Rear : 140 mm Tyre  : Front : 120/70ZR-17M/C (58W) Rear : 180/55ZR-17M/C (73W) Caster (rake)   : 24.5O Trail    : 103 mm Steering angle (left/right) : 33O/33O DRIVETRAIN Transmission   : 6-speed, return Final drive   : Chain Primary reduction ratio : 1.627 (83/51) Gear ratios : 1st : 2.692 (35/13) 2nd : 2.059 (35/17) 3rd : 1.650 (33/20) 4th : 1.409 (31/22) 5th : 1.222 (33/27) 6th : 1.034 (30/29) Final reduction ratio  :    2.933 (44/15) Clutch    : Wet multi-disc, manual SUSPENSION Front  : Type :  ø41 mm inverted fork with rebound damping and  spring preload adjustability Rear  : Type :  Horizontal Back-link with rebound damping and  spring preload adjustability BRAKES Front :  Type  : Dual semi-floating ø300 mm petal discs Caliper : Dual opposed 4-piston Rear :  Type  : Single ø250 mm petal disc Caliper : Single-piston PERFORMANCE Maximum power :   92.2 kW {125 PS} / 9,500 min-1 Maximum torque :  98.6 N.m {10.1 kgf.m} / 7,700 min-1 DIMENSIONS Overall length :  2,115 mm Overall width  :   825 mm Overall height :  1,065 mm (Z900 ABS)     1,140 mm (Z900 ABS Special Edition) Wheelbase  :       1,450 mm Ground clearance :  130 mm Seat height  :  795 mm Curb mass  : 210 kg (Z900 ABS)     213 kg (Z900 ABS Special Edition) Fuel capacity  :  17 litres