Lotus Exige Sport 380 - Ringan, laju, mencabar

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Jika dilihat dengan sekali imbas, ia kelihatan seperti Exige yang pernah anda lihat sebelum ini. Tetapi jika anda melihat butiran spesifikasinya, anda sudah tentu akan sedar yang ini mungkin Exige yang terbaik pernah dihasilkan oleh Lotus. Model Exige S telah lama diiktiraf oleh peminat-peminat Lotus sebagai model Exige yang menyeronokkan untuk dipandu. Dan apabila model Exige Sport 350 dikeluarkan, ia sepatutnya sudah cukup untuk memberikan tahap prestasi yang cukup baik bagi model berbadan ringan barisan Exige. Tetapi Lotus kini ada Exige Sport 380 -lebih ringan dari Sport 350 dan semestinya, lebih laju. Kali ini, lebihan bahagian badan yang berat telah dilucutkan dengan lebih cekap, sehinggakan kotak lampu belakang sekarang hanya tinggala dua dari empat sebelum ini. Hasil pengurangan berat: 300 gram. Sedikit tapi penting. Exige Sport 380 Front Three Quarter 2 Sebenarnya, keseluruhan kereta ini telah melalui pelbagai perubahan. Penggunaan bateri jenis lithium-ion mengurangkan berat sebanyak 10.3 kg. Kerusi pemandu dan penumpang yang diperbuat dari gentian karbon nipis menghasilkan pengurangan sebanyak 6 kg dari berat keseluruhan badan kereta. Bahan gentian karbon yang kuat dan amat ringan juga telah menggantikan gentian kaca yang digunakan sebelum ini. Ia dipasang pada bahagian-bahagian panel badan yang utama bagi tujuan pengurangan berat dan juga untuk merendahkan pusat graviti. Roda hasil tempaan (forged wheels) turut mengurangkan 2.5 kg pada setiap posisi tayar. Tingkap belakang diperbuat dari polikarbonat bagi menghasilkan pengurangan berat sebanyak 900 kg. Exige Sport 380 Wheel Image_0 Malah banyak lagi kerja-kerja pengurangan berat dengan penggantian bahan lebih ringan pada merata bahagian Sport 380 sehingga 30 kg dapat dikurangkan berbanding Sport 350, boleh diringankan lagi sehingga 45 kg jika anda memilih opsyen ekzos titanium dan penutup sil gentian karbon. Sudah menjadi lumrah Lotus untuk membuat pengubahsuaian. Tetapi yang mengecewakan sedikit adalah penambahan berat disebabkan oleh alur baru yang dikatakan memperbaiki kesan aerodinamik di sepanjang bahagian sisi, pam minyak baharu, tangki minyak lebih besar dan penyejuk minyak kotak gear yang lebih efektif, penting jika Exige 380 dipandu di litar lumba. Semua tambahan ini menambah 15 kg kembali pada berat keseluruhan, membawa ke jumlah berat badan ke 1110 kg atau 1100 kg jika dikira dengan semua option bahagian-bahagian ringan lengkap dipasang. Untuk perbandingan, berat badan Exige S yang asal berada pada 1176 kg. Exige Sport 380 Interior Image_0 Cukuplah tentang butiran-butiran tentang bahan-bahan ringan tersebut. Yang penting sekali ialah pertanyaan “apakah hasil kerja-kerja itu semua dapat memberikan tahap nikmat pemanduan yang lebih mengujakan?” Anda perlu masuk dengan cermat kerana ruang pembukaan pintu adalah sedikit sempit dari kereta biasa. Walaupun tidak begitu selesa, ia memberikan rasa seolah-olah anda sedang memasuki kokpit sebuah jentera perlumbaan yang canggih. Kompak, rendah dan penuh dengan peralatan aerodinamik dari muncung depan ke hujung belakang (suatu pakej yang menghasilkan penambahan daya tekanan maksimum dari 88 kg ke 140 kg dengan tiada penalti daya seretan), ada keseronokan seakan-akan melihat kereta mainan tentang penampilan Sport 380. Exige Sport 380 Rear Three Quarter Posisi pemandu dikelilingi oleh ruang yang serba jarang, dengan permukaan pemasangan dan hiasan minimum namun tetapi masih berupaya memberi suasana yang agak hebat. Penelitian berkualiti jahitan kulit dan trim Alcantara, ikatan aloi yang kemas, tab terdedah aluminium dan sambungan pemegang gear yang terbuka, semuanya tepat dan bersesuaian, menarik dari segi rupa dan penggunaannya. Exige Sport 380 roof Image Sama juga dengan deruman enjin 3.5-liter V6 buatan Toyota, ia mungkin bukan enjin eksotik tetapi, bunyi rangup dan nyaring akan terus membuat anda terlupa yang ia berasal dari Camry. Terutama sekali apabila dibekalkan dengan opsyen ekzos titanium. Dengan penghasilan kuasa betambah melalui penggunaan takal (pulley) pengecas lampau (supercharger) dan pemetaan semula ECU, enjin ini berupaya menghasilkan 375 bhp (380 PS) dan 410Nm tenaga tork, yang tentunya sudah lebih dari cukup untuk memastikan prestasi tinggi untuk kereta yang berbadan ringan ini. [gallery size="medium" columns="2" ids="23544,23545"] Lihat sendiri kiraan ini: 0-100 km/j dalam 3.5 saat. Kelajuan maksimum? 288 km/j. Walau bagaimanapun, Sport 380 lebih seronok jika dipandu pada jalan berbengkang bengkok dari memecut pada jalan lurus. Sebagai rujukan, Sport 380 menghabiskan pusingan litar Lotus di Hethel selama 1:26.5, iaitu hanya 1.5 lebih perlahan dari Lotus 3-Eleven. Ini ialah pencapaian yang menakjubkan. Masuk gear satu dan anda akan mendapati kereta ini bukan dibuat hanya untuk pemanduan pada litar lumba semata-mata. Klacnya berasa amat lancar apabila dilepaskan dan enjinnya menarik kereta kedepan dengan rasa kuasa yang amat memuaskan. [gallery size="medium" ids="23546,23547,23551"] Jika anda sudah biasa dengan memandu kereta biasa harian, anda pasti akan terkejut dengan rasa keberatan stereng tanpa bantu pada Lotus ini. Sememangnya tidak sesuai untuk mengendali pusingan dalam ruang tempat parkir, namun ia penuh dengan rasa apabila kereta bergerak pada apa-apa kelajuan lebih tinggi dari pejalan kaki. Tiada rasa kelonggaran, ketidak-tepatan atau penapisan seperti memandu sambil memakai sarung tangan tebal. Anda akan mula sedar akan topografi permukaan jalanraya dengan rasa geli-geli melalui jari-jemari anda. Ia sekarang berupaya menghasilkan imej beresolusi tinggi pada semua perkara yang sedang berlaku pada tapak antara tayar dan permukaan jalanraya. Exige Sport 380 roof Image Sport 380 datang dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 mencengkam dengan kukuh walaupun pada jalanraya basah tanpa terasa kereta terapung atau terenjut-enjut. Malah, ia berasa amat selamat dan mudah untuk dikendali, terutamanya apabila perlu dikawal jika terpijak permukaan licin dengan tiba-tiba. Anda akan dapat memilih antara setting Normal, Sport dan Race sehingga Race + (yang akan mematikan semua sistem stabiliti). Penggunaan tenaga tork pada gear tinggi sungguh menyeronokan dan efektif, tetapi Sport 380 berkelakuan berbeza sekali apabila kedudukan gear diletak pada ratio rendah dan berada pada kelajuan tinggi. Tiada lagi penghasilan kuasa yang gebu dan padat, sekarang diganti dengan lautan ombak kuasa yang sungguh perkasa, terus ke garisan merah. Dari satu selekoh ke selekoh yang lain, anda akan berasa seperti objek yang dilontar. Exige Sport 380 Carbon Tailgate Pergerakan tombol penukar gear amat tepat. Ia memberi semangat untuk anda menolak gear ke atas, bawah dan melintang ruang gear secepat mungkin. Kualiti dan kuasa cengkaman sistem brek juga amat menakjubkan. Ini kerana ia sama dengan sistem brek yang dipasang pada 3-Eleven. Rasa pemijak brek amat ketat, dengan respon yang lancar dan saksama walaupun pada kelajuan rendah. Keistimewaan Sport 380 ialah ia adalah kereta sport yang sangat merangsangkan untuk dipandu. Kesemua elemen yang terserlah dicantum bersama untuk menghasilkan sebuah kereta yang mempunyai tahap prestasi, pengendalian dan cengkaman jalan yang luarbiasa. Jarang sekali Sport 380 ini akan menunjukkan kelemahan tanpa kelengkapan sistem kebezaan slip terhad (yang tidak dipasang kerana beratnya), yang hanya akan muncul apabila berada di selekoh sempit di jalanraya berbukit. Exige Sport 380 Front three quarter Ternyata yang Sport 380 ini sungguh sesuai sebagai kereta sport kegunaan harian, sama seperti Porsche 911 atau Cayman GT4. Dengan harga berpatutan, Sport 380 ialah kereta sport yang seronok dan serba berkebolehan. Harus dicuba, dan waspada, anda mungkin tidak lalu makan selepas beberapi hari kerana terkenangkan Exige 380 Sport ini.   Spesifikasi Enjin 3.5 liter DOHC V6 VVT-i 24 injap dengan supercharger Harrop Transmisi 6-kelajuan manual dengan BOSH Electronic Differential Lock (transmisi automatik sebagai pilihan optional) Sistem gantungan Fully independent double wishbone dengan anti-roll bar untuk depan dan belakang, penyerap hentak Bilstein dan pegas spring Eibach Brek Cakera AP Racing dengan Yellow calipers, ABS talaan Lotus. Kuasa maksima 375 hp @ 6,700 rpm Tork maksima 410 Nm @ 5,000 rpm 0-100 kmsj 3.7 saat (manual dan automatik) Halaju maksima 286 kmsj (manual); 274 kmsj (automatik) Berat 1,110 kg (manual); 1121 kg (automatik) [gallery size="medium" ids="23553,23554,23555"]