Elak kesesakan lebuhraya pada Tahun Baharu Cina

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Sepertimana sambutan perayaan dan cuti panjang pada tahun-tahun lalu, PLUS sekali lagi mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dan mengagihkan trafik bagi perjalanan di antara 26 Januari hingga 5 Februari. Menurut Azman, "TTA membantu kami mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan terkumpul dan 'bertembung' di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama kerana ia boleh menyumbang kepada kesesakan." Berdasarkan TTA kali ini, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara dan Johor boleh mula bergerak dan memasuki lebuh raya sebelum jam 12:00 tengah hari. Bagi orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula dinasihatkan bergerak dan memasuki lebuh raya selepas jam 2:00 petang. "Ini membolehkan kenderaan ke destinasi jarak jauh untuk keluar dari lebuh raya sebelum kumpulan kenderaan bagi perjalanan lebih dekat mula memasuki lebuh raya sekaligus, mengelakkan mereka berada di lebuh raya pada masa yang sama dan menyumbang kepada kesesakan," jelas Azman. TTA_BM Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) telah mengumumkan insentif diskaun tol 10% kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan Touch ’n Go dan SmartTag sebagai mod pembayaran. Pemberian insentif ini akan bermula dari jam 12.00 pagi hingga 11.59 malam pada 28 Januari 2017. Pengarah ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Nik Hussein berkata, selain daripada pemberian insentif diskaun, syarikat juga menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan ke Pantai Timur di musim perayaan ini. ”Apabila pengguna mematuhi TTA ini, ia secara tidak langsung dapat membantu mengelakkan kenderaan bertembung pada satu masa yang sama di plaza tol, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga boleh menyebabkan kesesakan. ”TTA juga turut memainkan peranan penting dalam membantu menyuraikan trafik di lebuh raya kerana lonjakan jumlah kenderaan di lokasi yang turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas pada musim perayaan, khususnya pada waktu-waktu puncak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sementara itu, Dato’ Nik Fauzi berkata untuk keselesaan pengguna dan kelancaran trafik di setiap plaza tol, pengguna disarankan untuk sentiasa memastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya. ”Untuk makluman, perkhidmatan tambah nilai di lorong tol beroperasi mengikut keadaan trafik. Sekiranya trafik mulai padat, operasi tambah nilai akan ditutup bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol”. ”Pengguna boleh membuat tambah nilai kad Touch 'n Go di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) kami di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong, Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan yang beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya. Pengguna juga dinasihati untuk merujuk kepada jadual TTA di laman web ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter rasmi ANIH Berhad di @LPTTrafik atau Facebook di Lebuhraya Pantai Timur untuk informasi terkini.