MINI Countryman JCW Design Edition di MINI Bangsar

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
MINI Ingress Auto Bangsar menyambut Tahun Baharu Cina hujung minggu ini dengan penampilan MINI Countryman JCW Design Edition Kereta baharu ini ditawarkan pembiayaan MINI dengan faedah hanya 1.25% dan 5 tahun Jaminan tanpa had perbatuan dengan Perkhidmatan Servis Berjadual Percuma. Pada hujung minggu ini dari Sabtu Januari 21 hingga Ahad, 22 Januari wakil peniaga jenama automotif premium kompak itu akan membuka pintunya untuk meraikan Tahun Ayam. Pandu pulang sebuah MINI baru dengan rebat sehingga RM 30,000 dan anda juga berhak untuk membuka kuih nasib untuk kejutan ganjaran dengan setiap pembelian MINI dalam masa yang terhad ini sahaja. MINI Countryman JCW Design Edition edisi terhad ini diperkenalkan buat kali pertama. MINI Countryman dicipta di inspirasi daripada rekod kejayaan MINI dalam pemanduan cabaran, penampilan agresif dan bersedia untuk pengembaraan tetapi pada masa yang sama merupakan kenderaan premium yang padat dengan gaya untuk kegunaan harian.