Dua minggu untuk ubah modifikasi ke bentuk asal

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Itulah tajuknya dalam satu kenyataan akhbar PDRM setahun yang lepas, dimana semua pemilik dan penunggang motosikal yang telah mengubahsuai motosikal untuk mengubah kembali kepada bentuk asal dalam tempoh dua minggu sebelum operasi khas motosikal secara besar-besaran diadakan pada 2 Februari 2016.

Menurut Timbalan Ketua Trafik Pasukan ketika itu, ACP Mahamad Akhir Darus, operasi berkenaan akan memfokuskan kepada pengubahsuaian dan pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Beliau berkata pengubahsuaian yang dimaksudkan ialah seperti pengubahsuaian pada enjin, menukar blok enjin, kaburator, tayar nipis/kecil (tayar sotong), dan ekzos. "Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain dan juga menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan", ujar beliau lagi. Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan sehinggalah pihak polis berpuas hati dengan keberkesanan operasi tersebut. Untuk panduan umum, di bawah ini dipaparkan garis panduan berkaitan seperti yang terkandung dalam Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya. PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ adalah seperti berikut :- 1.  Pemasangan pengadang angin 2.  Pemasangan penutup lampu "fibreglass" (fairing) 3.  Pemasangan penutup enjin "fibreglass" pada bahagian hadapan motosikal 4.  Pemasangan "disc brake" hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek. Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :- 1.  Pemasangan "foot rest" melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal. 2.  Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang. 3.  Pemasangan "cover sets" / "fairing" yang mengubah indentiti asal. PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:- 1.  Pemasangan "air spoiler", "side skirt" dan "aerofoil pada kenderaan. 2.  Pemasangan door visor pada kenderaan. 3.  Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan. 4.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar. 5.   Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan 6.   Pemasangan membawa tangga / bot / surf board 7.   Penukaran kotak gear manual / automatik 8.   Pemasangan kanopi / kanvas 9.   Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel 10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier 11. Pemasangan spotlight Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :- 1.  Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan. 2.  Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan. 3.  Pemasangan lampu HID secara retrofit. 4.  Penukaran sistem pacuan. 5.  Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta. 6.  Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang. 7.  Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada. 8.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%. 9.  Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50%. PEMERIKSAAN KENDERAAN-KENDERAAN MOTOR DAN PEMBERIAN MAKLUMAT KEPADA KETUA PENGARAH 1.   Ketua Pengarah atau seseorang Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum pendaftaran sesuatu kenderaan motor menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa ke mana-mana tempat yang sesuai yang dinyatakan olehnya dan diperiksa dan , jika perlu , ditimbang dan diukur dan selepas didaftarkan boleh pada bila-bila masa menghendaki supaya kenderaan motor itu dibawa seperti yang tersebut dahulu jika dia mempunyai sebab bagi mempercayai. a)  bahawa kenderaan motor itu tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini; b)  bahawa apa-apa maklumat yang diberikan kepadanya berkenaan dengan kenderaan motor itu adalah palsu , tidak betul atau mengelirukan; c)  bahawa kenderaan motor itu tidak berada dalam keadaan boleh guna ; atau d)  bahawa berat , dimensi , ciri-ciri, pembinaan,warna, butir butir pengenalan atau tempat duduk telah diubah selepas pendaftarannya. 2.   Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengarah secara bertulis akan apa-apa hal keadan atau kejadian yang menyentuh ketepatan apa-apa catatan dalam daftar berhubungan dengan kenderaan motor dan hendaklah pada masa yang sama menyampaikan atau menyerahkan. 3.   Pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor hendaklah apabila dikehendaki oleh Pengarah berbuat demikian :- a)  dengan serta merta memberikan kepada Pengarah segala maklumat yang diperlukan bagi maksud menentusahkan catatan-catatan berhubungan dengan kenderaan motor itu di dalam daftar; dan b)  dengan serta-merta mengemukakan atau menyerahkan kepada Pengarah akan perakuan pendaftaran berhubung dengan kenderaan motor itu 4.   Selepas sesuatu kenderaan motor diperiksa , ditimbang atau diukur dibawah subseksyen (1), atau setelah menerima apa-apa maklumat atau bukti yang diberi berkenaan dengan sesuatu kenderaan motor di bawah subseksyen (2) atau (3) , Pengarah boleh membuat apa-apa pindaan di dalam daftar dan perakuan pendaftaran berhubungan dengan kenderaan motor itu sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan hendaklah mengembalikan perakuan pendaftaran itu kepada pemunya berdaftar. 5.   Mana-mana orang yang tanpa sebab munasabah gagal mematuhi apa-apa kehendak Ketua Pengarah atau seorang Pengarah di bawah subseksyen (1) atau di bawah subsekyen (2) atau (3) adalah melakukan kesalahan. JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ. Kenderaan Persendirian 1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU. 2. Penukaran sistem bahan bakar. 3. Penukaran enjin. 4. Status kenderaan Vintaj/Klasik 5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan) Kenderaan Perdagangan 1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan. 2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja) 3. Mengubah bilangan tempat duduk 4. Penukaran Had Berat 5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas 6. Penukaran Kabin 7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi 8. Mengubah Kegunaan Kenderaan 9. Penukaran Gandar 10.Penukaran Jenis Badan Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.