Liqui Moly lancar pelincir khusus untuk enjin diesel Ford TDCi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pakar minyak pelincir dari Jerman, Liqui Moly telah melancarkan minyak pelincir khusus untuk enjin diesel Ford TDCi. Pelincir tersebut yang diberi nama Liqui Moly Special Tec F 0W-30 mematuhi piawaian Ford WSS-M2C 950 dan dibangunkan khusus untuk enjin-enjin diesel Ford dari model 2014 ke atas. Dengan kadar kelikatan yang sangat rendah pada 0W, ia akan membantu mengurangkan penggunaan bahan bakar, menjadikan enjin lebih menjimatkan. Walaupun begitu, ia masih mampu memberi perlindungan kepada enjin kenderaan, penting untuk kenderaan yang mempunyai sistem Start/Stop. Siri Liqui Moly Special Tec sebenarnya terdiri dari barisan pelincir yang direka khusus untuk jenis-jenis kenderaan. Huruf “F” pada botol pelincir ini menandakan ia adalah pelincir untuk Ford. Liqui Moly juga mempunyai minyak pelincir untuk enjin diesel lama Ford - Special Tec F 5W-30. Ranger2015-4