Dendrobium – Kereta hyper 100% elektrik dari Singapura!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suatu yang mengujakan apabila negara jiran kita, Singapura bakal melancarkan kereta konsep hiper yang diberi nama Dendrobium di Pameran Kereta Geneva pada 7 Mac depan. Kereta berprestasi tinggi dengan dua tempat duduk itu adalah hasil syarikat mobiliti elektrik Vanda Electrics dengan rekabentuk yang menyerlah dan teknologi nadi kuasa elektrik terkini. Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai kereta ini kecuali informasi asas sahaja. Menariknya Dendrobium adalah nama lain bagi bunga Orked atau Anggerik Merpati yang biasa didapati di Singapura dan semestinya di Malaysia. Bukan hanya pada nama, bukaan bumbung dan pintu kereta hyper secara automatik dikatakan mengambil inspirasi dari bagaimana bunga orked itu mengembangkan kelopaknya. [caption id="attachment_23360" align="aligncenter" width="800"]Careta Dendrobium Inilah orkid Dendrobium, bunga orkid yang popular di Malaysia. [/caption] Untuk projek ini Dendrobium bekerjasama dengan beberapa pakar seperti Williams Advanced Engineering dan Bridge of Weir Leather Company. Williams Advanced Engineering adalah divisyen di bawah Willliams Group yang terlibat dalam perlumbaan Formula Satu dan akan menjadi rakan teknikal untuk pembangunan konsep kereta itu serta membantu dalam pembangunan projek pada masa depan. Divisyen itu membuat pengkhususan dalam bidang aerodinamik perlumbaan, bahan komposit, bateri dan nadi kuasa elektrik. Bridge of Weir Leather Company pula akan membaluti dalaman Dendrobium dari sumber kulit terbaik Scotland melalui penggunaan teknologi terkini. Vanda Electrics – Pengeluar Skuter Elektrik Sedikit informasi yang kami selidik melalui carian internet, Vanda Electrics adalah syarikat dengan visi besar dan setakat ini mempunyai satu produk iaitu skuter mini elektrik yang dikenali sebagai Motochimp dan sebuah pikap konsep mini elektrik satu tan. motochimp Menurut CEO Vanda Electrics, Larissa Tan, “Dendrobium ialah syarikat kereta hiper pertama Singapura dan merupakan kemuncak kepakaran Vanda Elektrik dalam bidang rekabentuk dan teknologi. Penulis tidak dapat menahan dari berkongsi pendapat bahawa mungkin juga syarikat Singapura ini ingin memberi saingan kepada bunga Inggeris milik Malaysia, Lotus. Lotus ialah bunga teratai, dan mungkin orked Singapura mahu memberi saingan sihat. Kami berbesar hati dapat berkerjasama dengan Williams Advanced Engineering yang merupakan peneraju dalam bidang aerodinamik, bahan komposit dan nadi kuasa elektrik dan satu lagi syarikat iaitu Bridge of Weir Leather Company yang merupakan syarikat pembuat kulit menggunakan karbon paling rendah di dunia." Dendrobium Teaser 2 "Dendrobium diinspirasikan oleh alam semula jadi dengan kombinasi rekabentuk dan kejuruteraan – saya tidak sabar untuk mendedahkan kereta ini kepada dunia pada bulan Mac nanti.” tambah Larissa. Vanda Electrics sedang membangunkan solusi pengangkutan elektrik selari dengan fokus global mengenai mobiliti dengan zero emisi. Di bawah naungan syarikat itu, beberapa produk seperti pengangkutan elektrik, teknologi penyimpanan bateri akan ditawarkan pada pasaran melalui tiga segmen utama iaitu hiper mewah, konsumer dan industri. Dengan fokus bisnes global, Vanda telah menjalin kerjasama strategik dengan rakan di UK, US dan Asia bagi membantu penghasilan produk dan pengukuhan tawaran kepada pasaran. [caption id="attachment_21214" align="aligncenter" width="620"]Renault Zoe ini ialah kenderaan elektrik yang anda boleh pandu sendiri bila anda gunakan perkhidmatan Comos. Gambar dari BH Auto. Industri kenderaan elektrik di Malaysia lebih digerakan oleh syarikat pengeluar asing. Gambar dari BH Auto.[/caption] Diharapkan ada syarikat Malaysia yang mampu pergi lebih jauh dari ini dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa dari luar negara yang benar-benar mahir di dalam industri tersebut kerana dari apa yang kami lihat, sebuah syarikat kenderaan elektrik luar negara yang dikatakan menjalinkan usahasama dengan sebuah syarikat automotif tempatan lebih kepada memberikan janji kosong sahaja. Penulis: Muhammad Md Tajudin