Pusat 3S Volkswagen kini ada di Batu Pahat Johor

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan SP Supreme Autohaus telah melancarkan Pusat 3S Volkswagen Batu Pahat yang baharu. Ia merupakan satu satunya pusat 3S Volkswagen di bahagian utara Johor, yang telah ditubuhkan dengan belanja sebanyak RM6.5 juta. Pusat ini menyediakan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kenderaan Volkswagen di kawasan Batu Pahat, Muar, Kluang, Yong Peng, Segamat dan kawasan berhampiran. Volkswagen Batu Pahat 3S CentreKemudahan yang disediakan di Pusat 3S baharu yang berkeluasan sekitar 25,000 kaki persegi; • Mampu mempamerkan sehingga lima buah kenderaan • enam ruang penyelenggaraan yang dikendalikan oleh kakitangan selepas jualan yang terlatih dan berpengalaman • Dilengkapi peralatan diagnostik dan selepas jualan yang terkini dan telah diluluskan oleh pihak Volkswagen Jerman • bilik menunggu (lounge) dilengkapi perkhidmatan WiFi, sebuah kafe dengan  minuman ringan dan televisyen Waktu operasi: • Bilik pameran dan jualan: setiap hari mulai jam sembilan pagi hingga enam petang • Perkhidmatan selepas jualan: dari Isnin hingga Jumaat jam sembilan pagi hingga enam petang, dan mulai sembilan pagi hingga empat petang pada hari Sabtu • Ditutup pada cuti umum Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata “Sebagai sebahagian daripada usaha kami dengan rakan pengedar untuk terus menambah baik kemudahan, kami harap penambahan pusat 3S ini akan dapat meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggan kami di Batu Pahat dan kawasan sekitarnya. Tahniah kepada SP Supreme Autohaus atas pelancaran pada hari ini dan terima kasih atas komitmen anda terhadap jenama Volkswagen.” Pengarah Urusan SP Supreme Autohaus, Sia Chai Lim menyatakan bahawa kerjasama di antara SP Supreme dan VPCM yang bermula sejak lebih dua tahun lalu akan terus berkembang. “Kami telah berusaha keras sejak bilik pameran pertama kami dilancarkan pada tahun 2014. Kami benar-benar komited ke atas peniagaan dan kepuasan pelanggan. Dengan sokongan VPCM serta keyakinan kami ke atas jenama ini, kami merancang untuk terus mengembangkan perniagaan dan akan melancarkan satu lagi Pusat 3S di Permas Jaya bulan depan,” kata Chai Lim. Photo 3