Cip Exynos Samsung dipasang dalam Audi

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Samsung Electronics Co Ltd, syarikat yang terkenal dengan telefon pintar siri Galaxy, akan membekalkan Audi dengan cip pemproses Exynos. exynos_7_octa_14nm Audi, sebuah jenama kumpulan Volkswagen, akan menggunakan kuasa pemproses Exynos dari Samsung bagi menjana sehingga empat buah skrin paparan infotainment generasi akan datang nanti. Buat masa sekarang, Audi belum mengumumkan model kereta apa yang akan dilengkapkan dengan skrin generasi terbaharu tersebut. New-Audi-car A160029_full Sistem infotainment kini boleh memaparkan informasi seperti pemandu arah dan permainan audio dan video. Sistem ini juga membolehkan penumpang berkomunikasi menggunakan telefon bimbit yang disambungkan pada kenderaan mereka. audi-infotainment Samsung sebenarnya sudahpun membekalkan cip memori kepada Audi. Kerjasama baharu ini akan membawa kedua-dua syarikat ke tahap yang baharu.