Go Daddy- Pengimport kereta klasik terpakai

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Fuhh…terpegun kami ketika melihat sendiri satu-satunya Lancia Delta Integrale di Malaysia. Memang “rare” betul kereta-kereta di bilik pameran Go Daddy. Pelbagai model kereta klasik seperti Volkswagon Combie, Mini Cooper S, Daihatsu Mira Walkthrough dan Suzuki Alto dapat kami saksikan sendiri. 2017-01-18_14.14.19[1] Pemilik Go Daddy Mohd Khairul Bin Hairodin 34 tahun merupakan seorang yang mudah didekati dan mesra. Beliau berasal dari Batu Caves, Selangor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Selayang dan Sekolah Menengah Taman Selayang. 2017-01-18_14.10.27[1] Go Daddy merupakan sebuah syarikat pengimport kereta klasik terpakai yang berdaftar. Buat peminat-peminat kereta yang jarang ditemui atau “rare” di Malaysia dan berhajat memiliki kereta klasik yang tiada di Malaysia, boleh lah ke bilik pameran “Go Daddy” yang berpusat di Kota Damansara untuk mendapatkan khidmat dari mereka yang pakar. “Setiap kereta yang baru sampai akan kita bersihkan, gilap dan lakukan perincian atau "detailing" sebaik mungkin serta membuat servis untuk menukar minyak enjin. Kalau teruk sangat tak boleh digilap, kita cat baru. Begitu juga dengan tayar, tak sampai hati saya nak biarkan pelanggan naik kereta dengan tayar yang botak. Kita akan tukar tayar baru jika perlu. Harga yang saya jual sudah termasuk dengan semua ini, tidak perlu bayaran tambahan. Bukan atas permintaan pelanggan, memang kita akan beri yang terbaik. Beli kancil 2-pintu RM35,000 tapi servis sama macam beli Vellfire RM300,000. Sekurang-kurangnya, bila serah kereta pada pelanggan, hati saya senang. Saya letak diri saya sebagai pembeli, saya mahu setiap sen yang saya belanjakan itu berbaloi.” Ujar Khairul. 2017-01-18_14.15.49[1] Itulah prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ditekankan oleh Khairul demi menjaga standard dan kepuasan pelanggan. Jikalau anda ingin mendapatkan servis lima bintang dan tidak mengecewakan, kami syorkan anda mendapatkan khidmat dari “Go Daddy”. Menurut Khairul, 90% daripada pelanggan mereka sangat berpuas hati dengan khidmat servis dari Go Daddy ini. Khairul yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta telah menubuhkan Go Daddy pada tahun 2011 dengan seorang lagi rakan kongsi. Beliau telah mendapat permit AP Klasik daripada Ministry Of International Trade (MITI) pada tahun 2014. "Saya sangat berterima kasih kepada MITI kerana membantu golongan peniaga seperti saya. Kalau tidak diberikan peluang untuk berniaga, sudah tentu saya tak dapat nak berniaga" ujar Khairul. Khairul menjalankan perniagaan ini sudah lebih kurang enam tahun bermula 2011. Beliau kini sudah ada pengikut dan pelanggan setia yang percaya dan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Ada juga pelanggan beliau yang terdiri daripada golongan VIP dan kerabat diraja. Maklumlah, Khairul ni memang tidak sombong, lagi pula beliau memang tidak lokek berkongsi pengalaman dan nasihat beliau sepanjang berkecimpung dalam perniagaan mengimport kenderaan-kenderaan klasik ini. Pengalaman dan latar belakang pekerjaan.
  • 2004-2010- Jurujual kenderaan di Perodua
  • 2010-2011- Menjalankan perniagaan menjual kaburator motosikal secara "online" di laman forum "Malaysian Bikers Community (MBC)" dan juga memiliki sebuah kedai di Kelana Jaya dan menjadi pengedar motosikal Momos. Meraih anugerah pengedar terbaik dari Mofas atas jualan tertinggi di Malaysia.
  • 2011 - Awal penubuhan syarikat Go Daddy
  • 2011-2014- Jurujual kenderaan import terpakai di Medan Quantum.
  • 2014-2016- Pengurus di GR Motorsport.
Jadi bagaimana Khairul boleh terlibat dengan perniagaan mengimport kenderaan terpakai? "Saya sangat mengagumi majikan saya dahulu, dan menjadikan beliau sebagai idola. Saya selalu berkata di dalam hati sendiri, dia makan nasi, aku juga makan nasi, tiada apa yang beza, tetapi apa yang dia buat sehingga dia boleh berjaya?. Sewaktu bertugas di Medan Quantum sebagai jurujual, saya banyak belajar tentang proses untuk mengimport kereta. Maklumlah syarikat kecil, banyak benda yang saya kena buat, bukan setakat menjual kenderaan sahaja" ujar Khairul. Sebenarnya, titik mula Khairul mengimport sendiri kenderaan klasik ini bermula semasa beliau ke negara Jepun pada tahun 2012 sewaktu bertugas di Medan Quantum. "Pada masa itu saya bawa wang RM2,000, tak kenal sesiapa dan saya pergi ke I.M Jihan (pengeksport kereta di Jepun), kemudian memperkenalkan diri saya dan menyatakan hasrat untuk mengimport kereta ke Malaysia. I.M Jihan sebenarnya dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina. Selepas berjumpa dengan pemilik I.M Jihan dan menyatakan hasrat saya itu, pemilik I.M Jihan menawarkan saya untuk menjadi jurujual bagi syarikat tersebut"tambah Khairul. Khairul kemudian menerima tawaran untuk menjadi wakil I.M Jihan di Malaysia dengan menjual kenderaan-kenderaan import dan menggunakan peluang itu untuk mencedok sebanyak mungkin ilmu dan belajar selok belok mengimport kenderaan. 15726859_10209926889627116_1663376342821227355_n Bagaimana pula Go Daddy boleh ditubuhkan? Sejak Go Daddy ditubuhkan pada tahun 2011, Khairul hanya menggunakan permit AP syarikat-syarikat lain. Selepas mendapatkan permit AP beliau pada tahun 2014, beliau berusaha untuk mencari beberapa pengedar kereta klasik yang boleh mengeksport kereta di negara Jepun. Beliau menghantar e-mel kepada beberapa pengedar untuk menjalinkan usaha sama, namun tiada yang memberi respon terhadap hasrat beliau itu. Khairul menyatakan bahawa ramai yang memandang remeh dan tidak menyokong hasrat beliau hendak membawa kereta klasik yang mereka anggap buruk dan tak ada nilainya. Tetapi beliau masih tetap dengan pendirian yang padu untuk melakukan perniagaan ini. "Kemudian saya pergi ke Jepun, berjumpa seorang warga Jepun Elbert E Moto di Crown Trading iaitu pengeksport kereta di Jepun. Saya menyatakan kepada beliau yang saya mahu membawa kereta kecil masuk ke Malaysia. Ini lah satu-satunya syarikat yang membalas e-mel saya pada masa itu. Saya kemudian berterus terang, dengan modal yang kecik sahaja saya akan mengambil dua unit kenderaan dahulu" ujar Khairul. Khairul mula memberi fokus sepenuhnya pada perniagaan beliau pada awal tahun 2016. Kini dengan perniagaan beliau yang semakin berkembang, Khairul mempunyai 15 buah jentera di bilik pameran beliau. ”Saya bermula daripada bawah, dengan duit pinjaman peribadi. Saya tak ada apa-apa, dulu saya hanyalah seorang jurual kereta. Saya juga telah dibuang daripada universiti pada tahun akhir. Saya bukan anak orang kaya. Saya pernah menjual burger dan besi buruk. Saya juga pernah ditipu dan akibat daripada kejadian itu saya terpaksa menanggung beban hutang sehingga RM500,000” ujar Khairul. Pada tahun 2013, Khairul pernah ditipu oleh sebuah syarikat yang meletakkan beliau sebagai pemegang saham untuk membantu syarikat itu mengimport motosikal. Khairul pada mulanya mengimport 15 buah motosikal dari Jepun dan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Kemudian beliau mengimport pula 15 buah motosikal atas permintaan syarikat tersebut. Namun apa yang terjadi apabila kesemua motosikal itu sudah tiba di Malaysia, tiba-tiba sahaja rakan kongsi beliau itu menghilangkan diri entah kemana dan Khairul terpaksa menaggung beban hutang sebanyak RM500,000. "Pada masa tu saya betul-betul tertekan. Semua hutang terletak pada bahu saya. Saya ditipu. Saya terpaksa meminta bantuan rakan rakan saya untuk membeli 15 buah motosikal yang ada pada harga kos sahaja. Akhirnya saya berjaya menjual lapan buah motosikal dengan harga kos dan selebihnya saya menggunakan wang simpanan sendiri untuk membayar hutang berkenaan. Itulah pengalaman paling buruk dalam hidup saya". Apakah prosedur yang perlu dilakukan jika pelanggan ingin membeli kenderaan klasik dari Go Daddy?
  •  Pelanggan perlu kenal pasti jenis dan model kenderaan yang diinginkan.
  • Kemudian pihak Go Daddy akan mencari kenderaan berkenaan. Jika sudah dapat, harga jangkaan akan diberi kepada pelanggan.
  • Jika pelanggan bersetuju dengan harga yang ditawarkan, pelanggan perlu membuat pembayaran sebanyak 50% daripada harga kenderaan itu, dan barulah pihak syarikat akan mulakan proses mengimport kenderaan tersebut.
Kebiasaanya tempoh jangka masa bagi sesebuah kenderaan itu untuk tiba di Malaysia mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 hari bermula daripada hari persetujuan daripada pihak pelanggan. Di antara model yang menjadi permintaan pelanggan adalah seperti Mini Cooper S, Daihatsu Mira dan Volkswagon Combie.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan harganya? Khairul menyatakan harga yang mereka tawarkan adalah mampu milik bergantung kepada model dan jenis kenderaan. Harga bermula daripada RM35,000 dan ke atas. Sebagai contohnya berikut merupakan harga untuk beberapa model kereta terpilih: Suzuki Alto Works                        RM35,000 Daihatsu Mira L200                     RM35,000 Daihatsu Mira L70 TRXX           RM35,000 Daihatsu Mira Walkthrough      RM45,000 Lancia Delta HF 16V Integrale   RM170,000

2017-01-18_14.15.29[1]2017-01-18_14.13.36[1] "Ada juga orang yang menghantar mesej kepada saya setiap hari bertanya pasal kereta. Saya tak kisah, saya akan jawab yang termampu. Mungkin mereka tak cukup duit lagi pada masa ini, atau harga yang kita beri itu di luar kemampuan mereka. Bila mereka dah suka dengan muka saya ni, ada rezeki dan cukup duit nanti mereka cari saya balik dan beli dengan saya. Saya yakin selain dari menjual, saya juga merealisasikan impian ramai orang, impian nak pakai Kancil 2-pintu, impian nak pakai Evo, impian nak pakai kereta- kereta pelik, ianya bukan sekadar urusan jual beli sahaja. Jadi nak berniaga jangan sombong" ujar Khairul.2017-01-18_14.12.53[1]Apakah perancangan masa hadapan Go Daddy? "Pada tahun 2017 ini, kami merancang untuk mengimport motosikal klasik dari Jepun pula, namun perkara ini masih dalam perbincangan". Kejayaan hidup tidak akan datang dengan sendiri. Bak kata pepatah Melayu, yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Tiada kejayaan tanpa usaha. Syabas kami ucapkan kepada Khairul, dan diharapkan perniagaan beliau akan bertambah maju di masa hadapan. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan khidmat Go Daddy, anda boleh hubungi Encik Khairul di talian 016-2331484, "Facebook" Go Daddy Motorsport, laman "Instagram" Go Daddy Motorsport atau lawati bilik pameran Go Daddy di alamat: NO.3A Lorong Teknologi 3/4B, Nouvelle Industrial Park, Lot 10, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Oleh: Diana Ismadi