BMW 4-Series hadir dengan rupa baharu

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
BMW hari ini telah mengumumkan model 4-Series terbaharunya. Model 4-Series terbaharu ini memaparkan perubahan yang boleh dilihat dari luar dan juga dibawah permukaan. P90245209_highRes_bmw-4-series-m-sport P90245227_highRes_bmw-4-series-m-sport P90245211_highRes_bmw-4-series-m-sport Lampu depan kini diganti dengan LED dari jenis gas Xenon sebelum ini. Lampu kabus juga kini diubah ke LED bagi semua barisan model. P90245318_highRes_the-new-bmw-4-series P90245322_highRes_the-new-bmw-4-series Yang paling ketara ialah lampu belakang yang telah diubahsuai rekabentuknya ke rupa baharu. Ia juga menggunakan LED memberikan impak yang lebih menarik pada model 4-Series jika dipandang dari belakang. Ruang dalam pula terdapat banyak permukaan krom, dan juga permukaan gelap berkilat yang memberikan suasana eksklusif dan berkualiti. Jahitan kembar pada panel instrumen dan warna upholsteri baharu serta tiga trim dalaman baharu memberikan kelebihan sentuhan peribadi. P90244958_highRes_bmw-m4-coup-01-2017 P90245301_highRes_the-new-bmw-series-i P90244957_highRes_bmw-m4-coup-01-2017 Terdapat tiga pilihan enjin petrol (420i, 430i and 440i) dan tiga pilihan enjin diesel (420d, 430d, 435d xDrive). Kuasa kuda barisan enjin petrol bermula dari 184 bhp (420i) hingga 326 bhp (440i). P90245267_highRes_bmw-4-series-luxury- P90245268_highRes_bmw-4-series-luxury- P90245266_highRes_bmw-4-series-luxury- Enjin diesel pula dari 190 bhp (420d) hingga 313 bhp pada 435d xDrive. Model 4-Series Gran Coupe mempunyai satu pilihan enjin diesel tambahan, iaitu 418d dengan kuasa kuda 150 bhp. P90245281_highRes_bmw-4-series-m-sport P90245289_highRes_bmw-4-series-m-sport Terdapat sebanyak 12 varian yang dilengkapi dengan opsyen pacuan empat roda xDrive, manakala model 435d xDrive mendapat pacuan empat roda dalan bentuk Coupe, Convertible dan Gran Coupe sebagai ciri standard. Kita akan nantikan kehadirannya di pasaran negara kita. P90245356_highRes_the-new-bmw-4-series P90245358_highRes_the-new-bmw-4-series P90245357_highRes_the-new-bmw-4-series