Fakta penting Subaru Impreza terbaharu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Motor Image, pengedar kenderaan jenama Subaru di Malaysia dan di lapan negara lain di Asia baharu sahaja melancarkan model terbaharu Impreza di Pameran Kenderaan Singapura di Pusat Konvensyen Dan Pameran Suntec Singapura dua hari lalu. Jadi apakah yang anda perlu tahu akan Impreza terbaharu itu? Di sini kami senaraikan fakta ringkas yang perlu anda tahu akan Impreza tersebut.
  • Impreza ialah model segmen C bagi Subaru. Ia umpama Corolla Altis untuk Toyota, Civic untuk Honda dan Preve untuk Proton.
  • Di Malaysia, bila nama Impreza disebut, 90 peratus akan terbayang jentera rally WRX STI.
  • WRX dahulunya ialah varian sport untuk Impreza dan kini, WRX dan WRX STI adalah model tersendiri dan tidak dikaitkan dengan Impreza, walaupun ia masih berdasarkan model Impreza.
Impreza 1.6i-S 4-Door (Back)
  • Impreza terbaharu ialah model generasi kelima. Walaupun nampak hampir sama, ia sebenarnya menggunakan kerangka atau chassis yang berbeza.
  • Impreza kali ini hanya ada dua jenis badan - sedan dan hatchback. Belum ada lagi varian wagon.
  • Subaru Impreza baharu datang dengan dua enjin - FB16 1.6-liter 4-silinder tanpa turbo (114PS dan 150Nm) dan FB20 2.0-liter 4-silinder tanpa turbo (156PS dan 196Nm).
  • Transmisi Lineartronic CVT automatik digunakan, dan digabungkan dengan sistem Subaru Symmetrical AWD.
  • Subaru sangat berbangga dengan platform baharu untuk Impreza ini. Subaru Global Platform digunakan untuk Impreza generasi kelima ini, XV baharu yang bakal dilancarkan hujung tahun nanti dan juga untuk Forester baharu kelak.
impreza interior careta
  • Platform terbaharu Subaru ini menjanjikan pemanduan yang lebih senyap, lebih selesa dan lebih selamat kerana ianya 170 peratus lebih kukuh (rigid).
  • Walaupun ia jauh lebih kukuh, platform ini sama ringan dengan platform dahulu kerana Subaru menggunakan 55 peratus high tensile steel dalam pembinaannya.
  • Impreza baharu ialah 40 mm lebih panjang, 5 mm lebih tinggi tetapi 20 mm lebih kurus. Tetapi, jarak roda 20 mm lebih panjang, menjanjikan ruang kabin yang jauh lebih besar dari Impreza sebelumnya.
Impreza 1.6i-S 5-Door (Back)
  • Lampu depan datang dengan teknologi LED dan LED DRL bentuk C serta Steering Response yang mana ia bergerak mengikut input stereng (khusus untuk varian 1.6i-S dan 2.0i-S).
  • Ruang kabin Subaru memang dari dahulu mempunyai rekabentuk umpama rak buku tiga tingkat pasang siap - membosankan. Mungkin Subaru sedar akan fakta itu dan Impreza baharu mempunyai ruang kabin yang jauh lebih cantik dan high-tech!
[gallery columns="2" size="medium" ids="23098,23097"]
  • Varian 1.6i menerima skrin sesentuh bersaiz 6.5 inci sementara varian 20i mendapat skrin sebesar 8.0 inci. Keduanya lengkap dengan sistem Apple CarPlay dan Android Auto serta Voice Command.
  • Seperti sebuah crossover, ada skrin LCD yang memberikan informasi seperti suhu luar kenderaan, sudut condong kenderaan dan pelbagai lagi. Kami tak yakin pemandu mahu tahu sudut condong jalanraya yang sedang dipandu tetapi info itu ada jika ada yang bertanya.
  • Sistem elektronik canggih seperti kamera undur, pendingin hawa dua zon, pedal aluminium, butang stereng dan pelbagai lagi ada dibekalkan.
  • Keselamatan masih utama dan selain dari kawalan kenderaan yang baik serta cengkaman AWD, Subaru turut memberikan tujuh beg udara SRS, Vehicle
Subaru Global Platform
  • Dynamics Control, Isofix, ABS, EBD, Brake Assist dan banyak lagi alatan standard.
  • Sistem pengesan kenderaan di belakang (Subaru Rear/Side Vehicle Detection) hanya ada pada varian 2.0i
  • Harga Subaru Impreza di Singapura bermula dari SGD106,800, termasuk geran COE. Dengan kadar tukaran sekarang, ia bernilai RM333,860. Jangan terkejut kerana Toyota Corolla Altis 1.6L di sana bermula dari harga RM306,289.
  • Paling penting, Motor Image tidak berhasrat untuk masuk ke pasaran Malaysia dengan Impreza baharu ini. Careta rasa itu satu tindakan bijak kerana pasaran segmen C sangat kecil dan dikuasai oleh Honda Civic dan Toyota Atis. Malah Edaran Tan Chong Motors pun sudah berhenti menjual Nissan Sylphy kerana permintaan yang lemah.
header02