Singapore Motor Show 2017 - kecil tapi menyengat

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Singapore Motor Show 2017 atau Pameran Kenderaan Singapura 2017 berlangsung dari 12 - 15 Januari 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura.

Walaupun dijangka akan mempamerkan lebihd ari 200 buah kenderaan, Careta yang hadir merasakn jumlah kenderaan terpamer kurang daripada itu.

Namun begitu, walaupun kecil, Pameran Kenderaan Singapura 2017 mempunyai kelebihannya tersendiri.

Pasaran terbuka Singapura membolehkan syarikat kenderaan membawa masuk hampir kebanyakan model dari mana-mana negara.

Kerana itu, kenderaan yang dipamerkan juga menarik perhatian. Antaranya ialah pelancaran tempatan untuk model-model Audi R8 Spyder, Honda NSX, Kia Niro, Nissan Pulsar dan Subaru Impreza.

Ada juga model-model yang dipamerkan tetapi bukan untuk jualan. Contohnya, crossover kompak Toyota CH-R, Suzki Ignis, Nissan Note Electric dan sebagainya.

Untuk rakyat Malaysia, pameran kenderaan tersebut menyegarkan kerana kenderaan yang dipamerkan tidak ada di Malaysia.

Kepada yang mahu ke sana, Pameran Kenderaan Singapura 2017 berakhir Ahad ini dan tiketnya cuma berharga S$8.00. Kalau tidak, layankan sahaja gambar-gambar di bawah.

[gallery size="medium" ids="23057,23058,23059,23060,23061,23062,23063,23064,23065,23066,23067,23068,23069,23070,23071,23072,23073,23074,23075,23076,23077,23078,23079,23080,23081,23082,23083,23084,23085,23086,23087,23088,23089"]