Kempen palsu Yamaha percuma

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tak cukup dengan kempen palsu Perodua percuma yang telah kami siarkan awal hari ini, kini ia menular pula sebagai kempen palsu tawaran motosikal Yamaha percuma . Yamaha kempen comparo Memandangkan penulisan ayat dan modus operandi yang begitu serupa, Careta telah menghubungi pihak Hong leong Yamaha Motor bagi mendapatkan kepastian. Kami telah menghubungi salah seorang daripada pihak atasan pengurusan syarikat tersebut dan ternyata bahawa kempen ini adalah palsu dan laman FB Yamaha Motor Malaysia tidak ada kaitan langsung dengan syarikat Hong Leong Yamaha Motor yang merupakan satu satunya pengedar sah motosikal Yamaha di Malaysia. Oleg itu para pembaca dinasihatkan agar tidak mudah tertipu dan mendapatkan kepastian dari sumber sumber yang sah sahaja. sementara siaran palsu itu telah diturunkan oleh pemilik laman palsu Perodua tersebut, laman palsu Yamaha Motor malaysia didapati masih terus menyiarkan paparan palsu tersebut, dan mungkin akan menghadapi tindakan undang undang kerana menipu.