Toyota CH-R turbo bakal dilancar di Singapura

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Borneo Motors, pengedar Toyota di Singapura sedang bekerja keras untuk melancarkan model crossover kompak terbaharu Toyota, CH-R. Careta yang berada di Pameran Kenderaan Singapura di Pusat Konvensyen Suntec dapat berjumpa dengan beberapa orang pegawai dari Borneo Motors untuk bertanyakan status CH-R di Singapura. chr careta rear "Buat masa skearang, kerajaan Singapura masih belum meluluskan permohonan kami untuk menjual model CH-R di sini tetapi kami sudah pun mengambil maklumat mereka yang berminat untuk membelinya agar kami boleh menghubungi mereka sebaik sahaja ada infor terbaharu akan model crossover itu," ujar beliau. CHR careta 2 Model CH-R yang sedang diberikan penumpuan untuk pasaran Singapura ialah model CH-R 1.2L Turbo. Di bawah ialah spesifikasi varian tersebut Toyota CH-R 1.2L Turbo 4WD Enjin: 8NR-FTS 1,196cc 4-inline DOHC turbo dengan intercooler Kuasa maksimum: 116 PS @ 5,200 - 5,600 rpm Tork maksimum: 185 Nm @ 1,500 - 4,000 rpm Transmisi: Super CVT-i four-wheel-drive system Sistem gantungan: MacPherson strut dan pegas spring dengan bar penstabil (depan); double wishbone dengan pegas spring dan bar penstabil (belakang) Berat kasar (gross weight): 1,745 kg Tidak ada sebarang petanda harga untuk di Singapura dan ia disasarkan untuk pelancaran dalam tahun ini. CHR careta 3 Bagi pasaran Malaysia, masih tiada lagi sebarang informasi akan CH-R tetapi pada pendapat Careta, UMW Toyota yang sedang membina kilang terbaharu yang modern di Bukit Raja, Klang itu pasti akan cuba memasang model CH-R 1.8L Hybrid kerana ia akan mendapat skim pelepasan cukai dari kerajaan khusus untuk kenderaan hibrid CKD.