Perodua nafi ada kempen Myvi percuma

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perodua menafikan mengadakan apa apa kempen yang menawarkan 15 Perodua Myvi baharu seperti yang dipaparkan di akaun Facebook "Perodua Malaysia Company". Perkara ini ditegaskan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato 'Dr. Zahari Husin. FB screenshot-1YBhg Dato' Dr. Zahari Husin, MD PSSB-2                           Perodua juga menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak ada sebarang kaitan dengan akaun Facebook ini. Walaupun paparan itu telah diturunkan oleh pemilik akaun, Perodua ingin menasihatkan orang ramai agar hanya merujuk kepada saluran rasmi mereka bagi kempen dan promosi yang sedang dan akan berlangsung. Saluran-saluran rasmi ini termasuklah akaun facebook di bawah nama "MYPerodua"; laman web rasmi (www.perodua.com.my); akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web kesetiaan pelanggan berdedikasi (www.ufirst.com.my).