Bobber hebat dari Honda CBX

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Satu hasil kerja seni enam silinder seni telah muncul sebagai sebuah Bobber dari pembina motosikal kustom Switzerland iaitu pB33. Motosikal menarik ini bermula sebagai sebuah Honda CBX SC06 Prolink keluaran 1981. 75965 Sebahagian daripada bingkai asal motosikal dan enjin 6 silinder 1,047cc, 100bhp, 4-lejang sejukan udara dikekalkan tetapi dengan perubahan casis dan gaya untuk mencapai keseluruhan konsep dan rasa sebuah bobber. Rangkanya dipotong di bahagian belakang untuk memberikan rupa condong bingkai bobber. Ekzos dan hendalnya turut dibuat khas dengan tangan. 75958 Bahagian depan motosikal ini mendapat fork Öhlins dan brek Brembo, roda Kineo untuk memberikan sentuhan akhir yang menarik ini. timthumb-1 Mungkin ada pemilik Honda CBX750 yang akan berminat untuk mengubahsuai motosikal anda sedemikian rupa? Kirimkan gambar kepada kami, ya!