Suzuki GSX-150R 2018 kan muncul di Asia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Laporan media elektronik telah mendedahkan langkah Suzuki Indonesia dalam pemfailan satu set paten baharu untuk model GSX-150R yang kelihatan seperti abangnya GSX-1000S naked. Paten tersebut telah difailkan untuk melindungi reka bentuk seluruh sistem ekzos pada motosikal model 2018 itu, dan pandangan sisi model 150 cc ini akan mendapat ekzos yang gemok dan pendek. muffler-gixxer150-5 Reka bentuk itu menampilkan penyaluran ekzos di bawah enjin dengan itu menunjukkan bongol yang menempatkan jaringan sarang lebah bagi penukar pemangkin motosikal ini. Walaupun reka bentuk ini bukanlah tampak sebagai sesuatu yang baharu, ia menjurus kepada penggayaan model yang lebih besar dalam barisan model Suzuki tahun depan. Kuasa tambahan juga disebut akan diperolehi, sebahagiannya disebabkan oleh perubahan ekzos. muffler-gixxer150-3