Yamaha XSR300 2018 gamit nostalgia retro RD350LC

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Yamaha akan mengeluarkan model XSR300 yang merupakan kepulangan motosikal retro terkenal RD350. Laporan ini telah didedahkan oleh sebuah majalah Jepun Young Machine baru baru ini. Diberitakan bahawa Yamaha akan membina jentera roadster XSR 300 cc dan 250 cc, dan imej yang dipaparkan dalam majalah tersebut adalah berdasarkan maklumat risikan dari 'orang dalam'. 15731884_1523786537649595_7994817823999207469_o3Motosikal gaya retro  berkapasiti kecil tentunya hampir pasti akan menjadi satu kejayaan jualan di tengah-tengah pasaran baru muncul iaitu di Asia dan Amerika Selatan. Tetapi rahsia sebenar kejayaan ini adalah cara mana motosikal itu akan digayakan dan dipasarkan. Seperti mana motosikal MT-03 dilancarkan dengan persamaan seperti jentera ikonik tahun 1980-an iaitu Yamaha RD350LC,  XSR ini jelas merupakan kesinambungan  warisannya. Model ini dikhabarkan akan mendapat enjin yang sama dan juga kerangka yang sama seperti yang digunakan pada model MT-03 semasa yang berkuasa 45bhp berenjin 660cc satu selinder 4-injap berbanding dengan kuasa jentera asal sebanyak 47bhpyang dijana enjin dua lejang berkembar selari, tetapi akan digayakan sebagai gabungan RD350LC asal dan XSR900 semasa (lihat gambar di bawah). Ia dijangka akan ditawarkan dengan harga £ 4,200 untuk jualan Eropah pada tahun 2018 ini. yamahard350lc-1983-12016_yam_xs850_eu_nbm4_stu_002_03