Selasa lalu rakyat Malaysia menerima berita yang menyedihkan bila seorang penunggang superbike jenis Kawasaki Ninja ZX-14, Jaafary Jaafar mengalami kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Ban Pru, bandar Haatyai, Thailand.
Jaafary meninggal serta merta sementara isteri beliau yang juga membonceng hanya mengalami kecederaan ringan.
Laporan kemalangan tersebut boleh dibaca di laman web Harian Metro pada pautan ini sementara video kemalangan pula ada dikongsi di pautan ini.
Rakan Careta di Satun, Thailand, Johari Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joe telah diminta untuk membantu keluarga mangsa untuk proses membawa jenazah kembali ke Malaysia.
[caption id="attachment_22683" align="aligncenter" width="550"] Cikgu Joe - guru sukarela mengajar Bahasa Melayu kepada penduduk Thai di Satun.[/caption]
Cikgu Joe dengan ikhlas turun membantu kerana beliau faham akan kesukaran untuk membawa jenazah keluar dengan segera.
Dengan bantuan Cikgu Joe dan isterinya, Karlisa Latisya, warga Thai yang menjadi pemandu pelancong berlesen di sana, jenazah Jaafary berjaya dibawa pulang dalam masa dua hari.
Menurut Cikgu Joe, proses tersebut bukan mudah dan memerlukan kepakaran berbahasa Thai.
"Selalunya, ia akan mengambil masa lebih dari tiga hari," kata Cikgu Joe.
Di sini Cikgu Joe sudi berkongsi informasi akan proses yang dilalui untuk membawa pulang jenazah Jaffery.
Perkongsian ini adalah sebagai sumber informasi untuk semua, dan bukan atas niat lain.
Proses menuntut jenazah dan membawa pulang ke Malaysia (berdasarkan kes Allahyarham Jaafary Jaafar yang meninggal dunia dalam kemalangan di HatYai, Thailand).
Proses mendapatkan sijil kematian.
- Waris mangsa perlu hadir
- Saksi yang berada di lokasi kejadian
- Nama penuh mangsa
- Nama isteri
- Nama ibubapa mangsa
- Perlu tahu apa pekerjaan mangsa
- Alamat tempat tinggal terkini mangsa
- Passport mangsa (diterjemahkan ke Bahasa Thai)
- Laporan post mortem dari hospital
- Laporan polis
- Terjemahkan ke Bahasa Inggeris
- Bawa ke pejabat Konsul Malaysia berhampiran dan laporkan kejadian dan minta bantuan untuk bantu urus jenazah dibawa pulang ke Malaysia
- Pegawai-pegawai di Konsulat General Malaysia akan membantu memeriksa dan mengesahkan dokumen-dokumen berkaitan.
- Wakil konsulat atau duta akan membawa anda ke Pejabat Kementerian Dalam Negeri Thailand untuk mendapatkan surat kebenaran membawa pulang jenazah bagi pelepasan imigresen Thailand dan Malaysia.
- Wakil konsulat juga akan membantu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan tersebut (contohnya laporan hospital, laporan polis dan sebagainya).
- Kos terjemahan dokumen (passport mangsa dari Bahasa Inggeris ke Thai dan dokumen-dokumen serta sijil kematian dari Thai ke Bahasa Inggeris) - THB1000
- Kos rawatan sehari untuk mangsa yang cedera minima - THB18,650
- Keranda - THB5000
- Van jenazah dari HatYai ke sempadan - THB3500
- Van jenazah dari sempadan ke Johor Bahru - RM4,000 (jika dari Hatyai ke JB - lebih dari MR5,000)
- Itu adalah antara prosidur dan kos yang dikongsikan oleh Cikgu Joe dalam kes tersebut.
- Konsulat Malaysia di Songkhla
- Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand
- Polis Pelancongan Thailand
- Polis Sempadan Thailand
- Kementerian Dalam Negeri Thailand dan
- Pejabat Pentadbiran Ban Pru