'Kereta terbang' Israel siap tahun 2020

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
cormorant-2 Sebuah firma teknologi Israel yakin akan mampu menyiapkan kereta terbang atau dron berpenumpang bergelar "Cormorant" seberat 1,500 kilogram, dan akan sedia untuk dipasarkan pada tahun 2020, selepas 15 tahun membangunkannya. Cormorant sebelum ini dikenali sebagai "Air Mule" merupakan sebuah kenderaan tanpa pemandu udara (UAV) atau kereta terbang bersaiz sebuah kereta penumpang. Ia mampu mengangkut bebanan seberat 500 kilogram dan bergerak pada kelajuan 185 kilometer se jam, Cormorant ini dibangunkan oleh Yavne, syarikat Urban Aeronautics di Israel. Urban Aero telah membangunkan teknologi aeronautik maju di sekitar keluarga pesawat berkipas dalaman mereka. Cormorant merupakan sebuah UAV maju yang berlepas dan mendarat menegak VTOL dengan rotor pengangkat dalaman yang akan membolehkannya untuk terbang di dalam kawasan hutan, bandar atau pergunungan di mana helikopter tidak dapat beroperasi. Aero CEO Urban Rafi Yoeli memberitahu badan berita Reuters bahawa dron hijau gelap ini mampu digunakan untuk memindahkan penduduk dari persekitaran mengancam dan boleh digunakan untuk kemasukan secara selamat bagi anggota tentera di kawasan yang berbahaya. Cormorant ini masih menjalani ujian bagi memenuhi keperluan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). Selain itu, penerbangan ujian pada November 2016 lepas mendedahkan beberapa isu-isu kecil yang masih perlu ditangani. Cormorant ini menggunapakai 39 paten khas bagi rekabentuk kenderaan ini dan Yoeli berkata dia tidak bimbang tentang pesaing merampas reka bentuk itu. Yang lebih pentingnya ialah teknologi ini mampumenyelamatkan nyawa. "Ia boleh merevolusikan beberapa aspek peperangan, termasuk pemindahan perubatan tentera di medan perang," kata ketua pusat penyelidikan UAV, Tal Inbar yang berpusat di Institut Kajian Strategik Udara dan Angkasa Fisher di Israel.