SYM Sport Rider 125i ditunggang uji

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
img_9435 Ramai penunggang motosikal inginkan sebuah tunggangan dengan harga berpatutan, selesa dan cekap bahanapi untuk kegunaan harian mereka. Malah ramai pemilik motosikal besar turut memilih untuk menunggang kapcai atau skuter di dalam bandar, sebagai pilihan yang lebih praktikal dan menjimatkan masa. sym-125i-3 Salah sebuah motosikal yang telah kami tunggang uji merupakan SYM Sport Rider 125i baharu. Dilancarkan Ogos lepas, Sport Rider 125i merupakan motosikal underbone pertama mereka yang menggunakan suntikan bahan api (fuel injection) yang direkabentuk dengan penglibatan maklumbalas tempatan. img_9441 Penghidupan enjin bersuapan suntikan bahanapi seperti yang boleh dijangkakan adalah mudah walaupun di pagi yang sejuk. Berbekalkan penghidup elektrik, penghidup tendang turut juga disediakan seandainya bateri anda sedikit lemah. Enjinnya melahu tenang, dan kuasa enjin ini iaitu sebanyak kira-kira 9 hp cukup untuk memacu anda dalam tunggangan bandar. Anda mungkin teruja dengan kuasa serta tork yang dijana enjin yang  hanya bersesaran sebanyak  125cc ini. Jelas pilihan pemetaan enjin telah dibuat dengan baik agar ia nya mampu menyalurkan pecutan yang agak tangkas bagi sebuah motosikal sekecil ini. sym-125i-1 Yang menariknya, pemetaan enjin motosikal ini boleh dilaraskan jika diinginkan, dengan menghubungkannya 'port' motosikal itu ke alat khas yang mampu mengubah pemasaan nyalaan, jumlah pancitan bahanapi dan sebagainya. img_7512 img_7515 img_7520 img_7521 Pelananya adalah tinggi, luas dan selesa bagi kebanyakan kita, dan mempunyai ruang penyimpanan di bawah tempat duduk yang mampu memuatkan sebuah topi keledar terbuka. Anda boleh membuka kerusi itu dengan menekan butang lenting di pemegang hendal sebelah kanan. img_9453 img_9409 Rekabentuk lampu isyarat motosikal ini adalah menepati penarafan piawaian Euro3 yang menghendaki jarak 180mm bagi lampu isyarat belakang, manakala lampu isyarat depan harus terpisah dengan jarak 240mm. SYM Sport Rider 125i ini didatangkan dengan waranti tiga tahun atau 30,000 km, yang mana dahulu termasuk setahun atau 10,000 km jaminan enjin pada harga RM5,777 (harga jualan dengan 6% GST) bagi model biasa dengan pilihan warna kuning, biru atau merah dan RM5,904.20 (harga jualan dengan 6% GST) untuk model 125i SE (warna hitam legap). img_9436 [gallery columns="4" ids="22614,22615,22616,22617,22618,22619,22620,22621,22622,22623,22624,22625,22626,22627"] Spesifikasi Sport Rider 125i: Enjin: 1-silinder 123 cc sejukan udara, EFI, 2-injap SOHC DC CDI Kuasa maksimum: 9.5 PS @ 8,000 rpm Tork masikum: 10.8 Nm @ 5,500 rpm Sistem penghidup:  Elektrik dan tendang Saiz tangki: 4.2 liter Transmisi: 4-kelajuan putaran Auto Kerangka: underbone Berat bersih: 107 kg Brek: Cakera dengan angkup dua piston (depan); Gelendong (belakang) Saiz tayar: 70/90-17 38P (depan); 80/90-17 50P (belakang) – tanpa tiub. Beberapa ciri-ciri mantap menarik dapat didapati pada motosikal ini ialah: Panel meter digitial lengkap dengan takometer Lampu DRL (Daytime Running Light) dari jenis LED Lampu brek belakang LED Brek cakera depan dua angkup Muffler ekzos dengan sarung besar sporty Pembuka pelana dengan butang elektrik Bar pemegang belakang sporty Sistem gantungan belakang dengan tabung reservoir hidraulik Penutup tepi dengan gaya kerangka ala “Trelis-frame”. Sport Rider Brochure Sport Rider Brochure (2)