CNN senarai terowong SMART antara 10 terowong terbaik dunia

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Terowong SMART di Kuala Lumpur telah disenaraikan antara 10 terowong terbaik di dunia oleh CNN. Terowong sepanjang 9.7km itu adalah terowong terpanjang di Malaysia yang dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat dan kesesakkan sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu pada waktu kemuncak. Menurut Thomas di Rambol, Terowong SMART adalah gabungan jalan raya dan boleh mengalirkan banjir ketika berlaku hujan lebat. Ia boleh dibanjiri air untuk menghilangkan air banjir kilat dan kemudian kembali berfungsi sebagai jalan raya dalam hanya masa beberapa jam. SMART dijangka boleh menyelamatkan berbilion dolar kemungkinan akibat daripada kerosakkan banjir dan kesesakkan lalu lintas. Ia boleh berfungsi dalam tiga cara iaitu;
  • Apabila tidak ada banjir, ia berfungsi sebagai terowong jalan raya.
  • Apabila terdapat banjir, air hujan boleh dialihkan ke dalam saluran yang lebih rendah, dan tingkat atas akan dibuka kepada lalu lintas.
  • Apabila banjir besar berlaku, terowong itu ditutup kepada semua kenderaan dan pintu kedap air dibuka untuk membolehkan air banjir mengalir melalui terowong tersebut.
Terowong lain yang juga disenaraikan dalam artikel itu ialah Terowong Spiralen di Norway, Terowong Guoliang dan Terowong Bund Sightseeing di China dan Terowong Seikan di Jepun. Artikel asal di pautan ini http://edition.cnn.com/2016/12/12/travel/great-tunnels-2016/ Gambar utama dari The Star. Penulis: Diana Ismadi