GT Sport: permainan video kereta dengan kesan grafik paling realistik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
[video width="1920" height="1080" mp4="http://careta.my/wp-content/uploads/2016/12/Gran-Turismo-Sport-PlayStation-Experience-2016-Trailer-PS4-Full-HD1920x1080p.mp4"][/video] Perhatikan gambar-gambar ini dengan teliti. Sukar untuk percaya ianya semua hanyalah sekadar lakaran grafik dan bukan foto sebenar. screen_gts_bmw_m4_coupe_2014_01-1200x675-c Permainan video terkenal terbaharu dalam siri Gran Turismo yang bakal dikeluarkan tahun depan untuk PlayStation 4, iaitu GT Sport, akan menampilkan kesan grafik yang amat realistik, sehingga anda perlu tenung dengan teliti untuk mengesan perbezaannya dengan kereta sebenar. screen_gts_mercedes-benz_a_45_amg_4matic_2013_01-1200x675-c Pembuat GT Sport, Polyphony Digital, dikatakan telah berjaya melakarkan model-model kereta dan scenario persekitaran maya ke tahap belum pernah dicapai oleh mana-mana permainan video kereta lain sebelum ini. screen_gts_audi_r18_tdi_audi_sport_team_joest_2011_01-1200x675-c Kesan grafik foto realistik ini sekarang boleh dihasilkan kerana kini telah terdapat teknologi kesan cahaya HDR atau High Dynamic Range, yang berupaya meniru kesan cahaya semulajadi yang terdapat pada pancaindera manusia dengan lebih dekat. screen_gts_dodge_charger_srt_hellcat_2015_03-1200x675-c screen_gts_bmw_m4_coupe_2014_03-1200x675-c Untuk mencapai tahap kesan grafik yang menakjubkan ini, Polyphony telah mereka kamera khusus yang berupaya menangkap imej HDR 100 kali lebih berkuasa dari kamera biasa. GT Sport dijangka akan dilancarkan pada suku awal tahun 2017 diseluruh dunia.