Satu pagi bersama pereka Italjet Dragster

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Peminat skuter pastinya tahu Italjet Dragster, antara skuter sensasi tahun 1990-an dan awal 2000. Italjet merupakan jenama skuter yang terkenal dengan rekaan yang mirip Ducati, dan di Eropah, ia sangat popular hinggakan ia mencetus industri komponen modifikasi skuter ekstrem. italjet-dragster-d50lc-4 Baru-baru ini, Careta diberi peluang untuk duduk bersama Alessandro Tartarini yang datang melawat ke Malaysia. Alessandro ialah pereka yang bertanggung-jawab untuk rekaan Dragster dan beberapa lagi model Italjet, dan Italjet pula ialah syarikat yang dimulakan oleh ayahnya. Alessandro masih lagi aktif dalam bidang rekabentuk cuma kali ini, beliau mungkin mengubah sedikit fokusnya - jika dahulu kepada motosikal dan skuter, kali ini kepada kenderaan elektrik. Mempunyai syarikatnya sendiri, Alessandro kini popular di serata dunia dengan skuter elektrik di bawah jenama Velocifero, dan pastinya, model Velocifero MAD yang juga dijual di Malaysia. Skuter elektrik sering kelihatan terlalu ringkas dan jauh dari menarik, tetapi Alessandro menggunakan kepakaran dan pengalaman beliau untuk mencipta sebuah skuter elektrik yang seksi. alessandro-tartarini-the-new-velocifero-italian-design-1140x859 Menurut beliau, kenderaan elektrik ialah masa hadapan yang pasti dan kerana ia menggantikan kenderaan dengan enjin petrol, maka rekabentuknya sepatutnya berkait. "Kerana itu, skuter Velocifero mempunyai komponen yang mengingatkan anda kepada sebuah skuter atau motosikal biasa," ujar Alessandro ketika bertemu beliau di The Gardens, Kuala Lumpur. "Gabungan bahan-bahan seperti papan kayu untuk platform berdiri, besi dan tayar yang besar menjadikan Velocifiro ini unik dari yang lain. Malah, sedikit elemen skateboard dan papan surf turut saya masukkan sekali untuk gaya cool," tambah beliau. Alessandro percaya penggunaan kayu sebenarnya menyuntik sedikit "jiwa" ke dalam rekabentuk kenderaan beliau. 7-mad-model-alessandro-tartarini-design-velocifero Skuter Velocifero Mad menggunakan tenaga bateri jenis lead-acid dari Chi Wee, sebuah syarikat di China. Untuk bateri jenis lithium ion, bateri dibekalkan oleh LG atau Samsung. Alessandro turut menunjukan rekabentuk sistem gantungan yang memberikan skuter Velocifiro ini pengendalian yang baik dan lebih selesa. "Ia mempunyai dua penyerap hentak gas di belakang yang dipasang di sisi. Bahagian depan pula menggunakan sistem gantungan dengan konsep cantilever. Ia memang selesa dan saya baru dapat merasakan bahawa ia juga sesuai di litar off-road," ujarnya lagi. Syarikat beliau dahulunya bercadang untuk menjual dalam 1,500 unit setahun, namun permintaan global yang baik membolehkan beliau menjual sebanyak 1,500 unit sebulan! Antara pasaran utama Velocifero ialah di negara Eropah dan juga Asia Tenggara, terutama Malaysia. Mengenai kualiti pemasangan di China, Alessandro dengan tegas berkata lokasi pengeluaran tidak menentukan kualiti produk. "Kami mempunyai rakan teknikal di China yang menjaga kualiti produk kami. Seperti syarikat lain, China menjadi pusat pemasangan produk kami kerana kos yang lebih mampu dan juga kerana kepakaran mereka, " tambah Alessandro. misure-alessandro-tartarini-the-new-velocifero-italian-design-data-sheet1 Pernyataan Alessandro itu terbukti benar kerana iPhone sendiri dipasang di China, bersama dengan beribu lagi item elektronik yang dipasang di China kerana kos yang lebih efektif. Skuter Velocifero datang dengan beberapa julat kuasa dan harganya berbeza mengikut kadar kuasa tersebut. Ia boleh dicaj menggunakan soket biasa di rumah dan ia sangat sesuai untuk perjalanan dekat di sekitar rumah. [gallery size="medium" columns="2" ids="21550,21549"]   Lengkap dengan aksesori seperti beg dan lampu LED kembar, Velocifero MAD dijual antara RM3,890 hingga RM6,500. Ia mampu ditunggang selaju 45 kmsj dan mempunyai jarak perjalanan antara 25 hingga 32 km sebelum perlu dicaj. Masa untuk caj ialah antara 4 ke 8 jam, bergantung kepada saiz bateri. Pengedar tunggal jenama itu di Malaysia ialah Cervello Tres, sebuah syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda Melayu. cervello-tres-2 Cervello Tres lebih memberi tumpuan kepada pasaran hobi premium untuk Velocifero MAD ini dan bergiat aktif untuk memperkenalkannya lagi di serata negara dan pasaran luar. Ia juga sudah mempunyai satu litar offroad di Velocita Park, Cahaya SPK, Shah Alam, khas untuk kenderaan skuter elektrik seperti Velocifiro MAD. Cervello Tres juga mempunyai kelengkapan dan skil teknikal untuk menyelenggara skuter ini, walaupun sebenarnya ia tidak perlukan sebarang penjagaan. "Kami adakan litar off-road untuk pemilik Velocifero agar mereka dapat membuat aktiviti bersama, selain dari berkongsi idea," ujar Azrul Helmy Hafiz Ab. Malek, Ketua Pegawai Eksekutif Cervello Tres. [caption id="attachment_21548" align="aligncenter" width="620"]Gambar dari Bikes Republic. Gambar dari Bikes Republic.[/caption] Pasti ada yang berkata mahal tetapi untuk yang mampu, Velocifero ini ialah satu skuter hobi yang menarik dan menunggangnya di litar off-road ialah satu keseronokan yang baharu kepada sesiapa sahaja. Layari laman web Cervello Tres untuk melihat atau menunggang uji Velocifero MAD!