Aksesori kereta yang sudah tiada

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Aksesori atau fitur (features) yang ada pada kereta sekarang sebenarnya mengikut kehendak pasaran dan ada juga yang telah digantikan dengan teknologi moden. Kali ini Careta mengimbau beberapa aksesori yang pernah popular satu ketika dahulu pada kereta-kereta di pasaran tempatan. karburetor-careta Karburetor Karburetor sudah hampir pupus sebenarnya kerana ia digantikan dengan sistem suntikan bahan bakar (fuel injection system). Sebab utama karburetor kini tinggal sejarah ialah kerana sistem pancitan memberikan kelebihan-kelebihan berikut:
  • Memberi adunan udara dan bahan bakar yang lebih tepat
  • Menghasilkan pembakaran yang lebih lengkap
  • Menjimatkan penggunaan bahan bakar
  • Memberikan lebih tenaga
  • Dan paling penting - membenarkan syarikat kenderaan mencapai tahap piawaian asap terkini yang jauh lebih bersih.
choke-careta Choke manual Pasti ada teringat butang "choke" pada kereta-kereta tahun 1970-an dan awal 80-an. Choke digunakan untuk menghidupkan enjin di waktu pagi kerana enjin dalam keadaan sejuk.Choke membenarkan lebih banyak bahan bakar dan udara masuk ke dalam kebuk pembakaran. Penciptaan choke automatik membunuh fitur ini dan terus-terang Careta kata, Alhamdulillah. bateri-basah-careta Bateri basah Kebanyakan bateri untuk kenderaan baharu sekarang ini ialah dari jenis bateri tidak perlu penyelenggaraan (maintenance-free battery atau MF battery). Bateri basah dahulu memerlukan penjagaan air bateri dan perlu diperiksa setiap minggu. Bateri basah masih ada dijual sekarang sebagai alternatif lebih mampu milik dan ramai berkata ia sebenarnya tahan lebih lama jika dijaga dengan baik. power-steering-hydraulic-careta Stereng berkuasa hidraulik Pada awalnya, stereng berkuasa tidak popular langsung dan hanya ada pada kenderaan premium. Ini ialah kerana 20 tahun lalu, saiz standard roda kenderaan ialah 13-inci atau lebih kecil dan ia tidak memerlukan daya yang kuat untuk memulas stereng. Kemudian, stereng berkuasa hidraulik menjadi popular dan semua kenderaan datang dengannya. Kenderaan baharu sekarang hampir semuanya datang dengan stereng berkuasa elektrik kerana ia lebih mudah untuk dihasilkan dan lebih menjimatkan penggunaan bahan bakar. aircon-lama-careta Pendingin hawa tambahan Dalam zaman 70-an, pendingin hawa bukanlah sesuatu yang standard. Kerana itu, ia adalah satu sistem yang dipasang di kedai aksesori. Ia bukan sahaja mahal,tetapi besar dan berat. Sekarang ini, sistem pendingin hawa ialah alatan standard di dalam semua kenderaan. cassette-player-careta Radio dengan pemain kaset Dengan wujudnya CD, pemain kaset sudah hampir pupus. Namun sekarang ini, sudah ada kereta yang tidak ada langsung pemain CD, cukup dengan lubang USB dan Bluetooth. Bagus juga kerana letih untuk membawa kotak kasut di dalam kereta bagi menyimpan koleksi kaset atau CD. kipas-careta Kipas elektrik Ia adalah alternatif lebih mampu kepada sistem pendingin hawa. Teksi-teksi banyak menggunakan kipas ini yang dipasang pada tengah papan pemuka. Ia masih ada lagi dijual, dan digunakan pada beberapa kenderaan komersil yang lama. hood-ornament-careta Lambang pada hud Suatu ketika dahulu, kenderaan mewah datang dengan hood ornaments atau lambang atau patung yang dipasang pada hud penutup enjin. Oleh kerana piawaian keselamatan perlanggaran yang semakin ketat dan kenderaan sekarang perlu lebih "mesra" pejalan kaki (lambang itu mampu mencederakan orang dalam pelanggaran kereta dengan pejalan kaki), lambang itu kini tidak wujud lagi, kecuali pada Rolls Royce yang mana patung Spirit of Ecstasy itu boleh disimpan ke dalam secara automatik bila perlanggaran dikesan. seat-cover-wood-careta Alas tempat duduk Suatu ketika dahulu, alas tempat duduk popular. Antara alas tempat kaki yang mirip kepada alas kaki dan diletakkan di tempat duduk punggung kita, atau sarung tempat duduk yang menggunakan benang tenun, keduanya tidak lagi popular. Ada juga yang dibuat dari kayu dan berfungsi untuk memberi tekanan pada badan agar pemandu tidak letih. Selepas beberapa tahun, habuk dari alas kayu itu penuh bersarang pada tempat duduk kereta itu sendiri. Suatu ketika dahulu, pengedar Honda sebelum ini mewajibkan pembeli mengambil aksesori ini dengan harga yang mahal. Mujurlah Honda Malaysia tiba dan membuang segala "optional wajib" itu. optional-careta Optional wajib Popular pada tahun 1990-an, beberapa syarikat kenderaan gemar "memaksa" pembeli mengambil pakej-pakej aksesori tambahan dengan alasan kebanyakan stok sudah datang lengkap dengan aksesori tersebut. Harga aksesori tersebut sangat mahal dan tidak masuk akal, tetapi pihak pembeli tidak ada pilihan lain. Sekarang, pihak kerajaan mengambil berat tentang isu tersebut dan tidak ada lagi kes-kes begitu.