Modenas Elegan - skuter 250 terbaik!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Elegan memang antara jenama dari Modenas yang kuat, dan ia mewaikili produk skuter yang besar dan bertenaga. Generasi pertama Elegan nyata menjadi lagenda kerana kekurangan pesaing. Namun generasi kedua melihat prestasi Elegan menjunam kerana SYM, syarikat skuter Taiwan yang digunakan oleh Modenas untuk menghasilkan Elegan, tampil ke dalam pasaran dengan model skuter besar mereka sendiri, VTS 200. Namun begitu Modenas kini semakin bijak kerana ia berjaya menarik Kymco, pembuat skuter nombor satu Taiwan dan antara pembuat skuter terbaik di dunia untuk membantu Modenas kembali merampas takhta. kymco-modenas-250-2016-edited-43 [gallery columns="2" size="medium" ids="21493,21492"] Modenas bukan sahaja dapat menjenamakan (rebadge) produk Kymco, tetapi ia diberi hak untuk mengimport dan memasang produk Kymco itu sendiri di Malaysia. Ini meletakkan Modenas sebagai syarikat ketiga yang diberi peluang bekerjasama dengan Kymco. Syarikat lain ialah BMW dan Kawasaki, di mana kedua-dua gergasi itu menggunakan kepakaran Kymco untuk menghasilkan skuter masing-masing. Kali ini, Careta diberi peluang untuk mencuba Elegan terbaharu dari Modenas dan tempoh tunggang uji selama seminggu ini memang amat berbaloi. yusri-modenas-kymco-careta Di bawah ialah nota-nota dari tunggang uji Careta bersama Mohd Yusri Yusoff, penyampai berita Radio RTM yang juga seorang penggemar skuter dan pemilik Elegan 150 generasi pertama. Beliau membantu kami bersama-sama menunggang-uji Elegan ini.
  • Perbezaan ketara ialah dari segi saiz. Sebelum ini Modenas menggunakan model-model SYM Joyride untuk dijadikan Elegan tetapi ini, Kymco memberikan model X-Town yang jauh lebih besar dan lebih modern.
  • Kymco X-Town sebenarnya datang dengan enjin 300 cc tetapi untuk Modenas, Kymco memberikan enjin 250 cc yang lebih sesuai untuk pasaran tempatan. Elegan ini unik untuk Modenas sahaja.
  • Kualiti Kymco pada pendapat Careta ialah antara terbaik dari Taiwan kerana ia menggunakan bahan yang bermutu dan rekabentuk yang segar. Kualiti pemasangan nyata sama terbaik kerana setiap panel dipasang kemas dan tiada sebarang bunyi yang tidak enak bila Elegan ini ditunggang melanda jalanraya buruk di Kuala Lumpur.
[gallery size="medium" ids="21497,21498,21499"]
  • Enjin 250 cc yang dipasang pada Elegan berbeza dari enjin yang ada pada Kymco Downtown 250i yang turut dijual oleh Modenas. Elegan menggunakan enjin yang lebih low-tech: sejukan cecarir, silinder tunggal, 4-lejang, dua injap, SOHC dengan sesaran 249cc dengan suntikan EFI.
  • Kuasa enjin Elegan 250 ini ialah 22.1 hp pada 7,000 rpm dan tork pula ialah 22.4 Nm pada 6,500 rpm. Transmisi ialah CVT.
  • Walaupun low-tech, enjin Elegan 250 terasa segar dalam julat kelajuan enjin rendah. Ini memungkin Elegan dipecut dengan laju dari pegun - sesuatu yang membantu semasa pemanduan di bandar.
  • Jika anda biasa menunggang skuter-skuter lazim di Malaysia seperti Elegan lama atau SYM, perkara pertama yang anda akan nampak ialah perbezaan pada kualiti. Elegan Kymco ini terasa mahalnya, dari panel meter hinggakan ke plastik-plastik yang menutupi badan Elegan ini.
[gallery size="medium" ids="21494,21495,21496"]
  • Panel meter Elegan ini berwarna hitam, lengkap dengan panel LCD dengan informasi seperti volt bateri, suhu enjin, jam, tolok bahan bakar dan tripmeter/odometer. Ia nampak moden dan menunjukan bahawa Kymco ialah sebuah syarikat yang jauh lebih high-tech dari jenama Taiwan yang lain yang masih menggunakan panel meter ala permainan kereta bateri dari China.
  • Elegan ini nampak besar, tetapi bila ditunggang, tidak terasa saiz tersebut kerana ia lincah dan mudah dibawa. Malah, untuk menyelit juga tiada masalah.
  • Ruang barangan di bawah luas, dan lengkap dengan lampu. Cara dibuka mudah - sama seperti Elegan lama iaitu menggunakan kunci pada lubang kunci utama (ignition). Paling menarik, kami ternampak satu sensor cahaya kecil di situ - bermakna lampu ruangan kargo ini tidak menggunakan suis pada kunci tetapi menggunakan sensor cahaya - canggih!
[gallery size="medium" ids="21502,21500,21501"]
  • Ada satu poket tempat isian barang kecil di hadapan, iaitu di sebelah belakang hendal bar kiri. Ia boleh ditutup dan mempunyai soket USB di dalamnya. Ia nampak seperti kalis air tetapi Careta rasa, jika hujan, baik disimpan henfon di bawah pelana.
  • Pelana Elegan 250 ialah jenis bertingkat - di mana tempat duduk belakang tinggi sedikit. Pelana empuk untuk berdua dan tidak terasa lenguh walaupun selepas menunggang lebih sejam.
  • Rak untuk dipasang kotak kargo belakang sudah tersedia sebenarnya, dan ini menurunkan lagi kos kita kerana hanya perlu membeli braket dan kotak sahaja. Tak perlu beli pun tidak apa kerana ruangan bawah pelana sudah cukup besar untuk memuatkan dua helmet (open face).
  • Tangki sebesar 12.5 liter itu mempunyai corong pengisian di bawah hendal (di tengah). Anda perlu membukanya dengan kunci utama.
[gallery size="medium" columns="2" ids="21503,21504"]
  • Roda hadapan bersaiz 14-inci sementara di belakang ialah 13-inci. Tayar yang digunakan ialah Kenda dengan kompaun lembut - ia sangat mencengkam. Namun begitu, ramai yang lebih cenderung untuk memberi komen kepada roda aloi Elegan 250 ini kerana ia CANTIK!
  • Pada waktu malam, suluhan dari lampu hadapan berkembar dengan mentol bersaiz H4 untuk Elegan 250 ini memuaskan. Ia terang dan capaiannya juga lebar, tidak ada masalah untuk menunggang jauh di waktu malam jika perlu. Ia juga ada lampu DRL LED di hadapan.
  • Lampu belakang adalah dari jenis LED dan berbentuk X. Dari jauh anda sudah boleh kenal ia adalah Elegan 250. Ada yang berkata lampu belakangnya lebih seksi dari selebriti Malaya.
[gallery columns="2" size="medium" ids="21505,21506"]
  • Prestasi enjin lebih bagus untuk kelajuan enjin rendah. Kuasa tork yang diberikan kuat dan memuaskan, namun kelajuan sedikit terbatas pada 120 kmj. Mungkin kerana unit tunggang uji ini masih baru "pecah dara" dan masih ketat. Namun begitu, harus diingatkan bahawa meter kelajuan pada Elegan 250 ini lebih tepat dari skuter pesaing kerana menggunakan sensor modern pada roda hadapan untuk menyukat kelajuannya. "Meter berat" kata sesetengah mat motor.
  • Untuk tunggangan di bandar, Careta sangat berpuas hati dengan cara ia mengambil selekoh dan kekuatan sistem brek. Sayang sekali ia tidak datang dengan ABS kerana dikala hujan, tayar gemuk dan kecil itu mudah terhenti jika tuil brek hadapan disentap kuat.
  • Prestasi enjin terus membuatkan kami tersenyum kerana ia gagah menaiki bukit, walaupun dengan beban yang berat (penulis mempunyai berat hampir 100 kg). Pulas pendikit dan ia terus ke hadapan dengan laju.
kymco-modenas-250-2016-edited-31
  • Kerangka atau chasis Elegan ini boleh tahan kukuh kerana ia kurang meliuk bila selekoh diambil tajam. Malah, kami berani turun ke bawah lagi dengan tayar Kenda pada Elegan ini. Sistem gantungan juga tidak membuatkan ekornya terhuyung-hayang seperti kelasi kapal mabuk.
  • Cermin sisi memang sedikit tinggi dan tidak nampak ranggi, tetapi ia memberikan padangan sisi yang jelas. Harap ia digunakan oleh penunggang.
  • Ia tidak mempunyai floor-board kerana tangki bahan bakar diletakkan di tengah-tengah "tulang belakang" Elegan ini. Namun begitu, maxi scooter sejati tidak sepatutnya mempunyai floorboard. Jika mahukan floorboard, cari Vespa.
[gallery size="medium" ids="21508,21509,21510"]
  • Ekzos Elegan ini besar dan dibalut dengan panel plastik agar nampak modern. Namun begitu, ia mudah tercalar dan jika tidak dijaga, akan nampak buruk.
  • Skrin penghadang angin di hadapan cukup tinggi untuk penunggang setinggi 6-kaki. Ia juga menepis titisan air bila menunggang di kala hujan.
  • Dari segi rekabentuk, ramai yang tidak percaya ia cuma berharga dalam RM12,830 (harga jualan, tidak termasuk kos pendaftaran dan insurans).
  • Dari segi prestasi, Careta yakin ia adalah skuter terbaik pada harga bawah RM20,000 kerana ia bukan sahaja mempunyai prestasi enjin yang bagus, tetapi ia praktikal, berkualiti dan cantik - satu pakej lengkap untuk eksekutif yang mahukan kenderaan dua-roda untuk ke pejabat.
[gallery columns="2" size="medium" ids="21513,21511,21514,21516,21515,21522,21512,21517,21518,21519,21520,21521"]