Karisma 125 kini kembali

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bukan dalam rupabentuknya yang lama, tapi yang kita ingin kisahkan di sini adalah model generasi baru Modenas Karisma 125 yang menggantikan model awal yang diperkenalkan 13 tahun dahulu. Kini is hadir dengan reka bentuk yang kemas bersegi dan dinamik yang dipadankan dengan enjin baru. Skuter berenjin sejukan udara empat lejang ini masih mengekalkan ke'125'annya dengan sesaran  124.8cc, bebrbekal satu silinder SOHC  suapan karburetor yang menjana lebihkurang 9.4hp @ 7,500rpm. Dan seperti lazimnya skuter lain,  transmisi automatik jenis CVT dipilih untuk tugasan memacu skuter seberat 113kg kering ini. img_1461-1 Tupang atau fork teleskopik hadapan menggalas tugasan menyerap kejutan di bahagian hadapannya dan diimbangi penyerap kejutan boleh laras lima tahap di belakang yang dipasang pada lengan ayun. Brek cakera 220mm hadapan dipasangkan dengan unit drum di belakang bagi memberikan kuasa hentian secara mencukupi. Bahan api disimpan dalam tangki berkapasiti 4.6 liter. img_1478-1 Antara ciri-ciri yang membezakannya dari model lama adalah lampu depan berkembar halogen dan lampu belakang LED, roda 14 inci baharu yang lebih besar bagi menjanjikan kestabilan dan pengendalian yang lebih selamat dan selesa, serta reka bentuk pelana baharu yang lebih luas. Ruang penyimpanan di bawah tempat duduknya kini lebih besar,  cukup besar untuk menyimpan topi keledar separuh muka dan ia juga dilengkapi dengan port mengecas USB. img_1475-1 Seperti yang boleh dijangkakan, pengendalian skuter comel ini adalah mudah dan sesuai digunakan sebagai motosikal pertama bagi golongan muda yang kecil saiznya, pun oleh ibu bapa mereka yang inginkan kenderaan mudah ke surau atau kedai. Ia agak selesa untuk kelajuan dalam bandar serta mudah dikendalikan dalam lalulintas jalanraya bandar yang sesak, baik oleh lelaki mahupun wanita. Golongan sasaran yang sesuai untuk skuter ini adalah para pelajar sekolah, kolej dan juga universiti, serta mereka yang inginkan kenderaan komuter mudah untuk ke tempat kerja. Modenas Karisma 125 baharu ini ditawarkan pada harga asas RM5,278.80 (dengan GST) dan didatangkan dalam dua warna, iaitu merah terang dan putih mutiara. [gallery ids="21468,21469,21470,21471,21472,21473,21474,21475,21476"]